Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Program S-MM2H terus pacu pertumbuhan ekonomi Sarawak, hampir 600 permohonan diluluskan tahun lalu
  • BISNES

Program S-MM2H terus pacu pertumbuhan ekonomi Sarawak, hampir 600 permohonan diluluskan tahun lalu

Utusan Sarawak 20 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Lions Clubs International District 308-A2 Leo Forum 2025 di salah sebuah hotel terkemuka, malam tadi. Foto UKAS

KUCHING: Program Sarawak–Malaysia My Second Home (S-MM2H) terus menunjukkan prestasi kukuh dengan hampir 600 permohonan diluluskan sepanjang tahun lalu, memberikan impak positif kepada sektor ekonomi dan pelaburan negeri Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata Sarawak semakin menjadi pilihan utama warga asing dan pelabur asing.

“Ini disebabkan persekitaran yang selamat, kemudahan perubatan bertaraf antarabangsa, serta peluang pendidikan berkualiti yang menarik minat pelbagai golongan.

“Keberhasilan program ini menyumbang kepada peningkatan pelaburan dalam sektor perumahan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan pelancongan, sekali gus membuka peluang pekerjaan dan memperkukuh ekonomi tempatan.

“Ramai pemohon dari Eropah dan China memilih Sarawak terutamanya warga emas yang menilai sistem kesihatan yang baik, manakala ibu bapa dari Korea pula menghantar anak-anak mereka ke sekolah tempatan seperti di Tunku Putra, sekaligus merangsang permintaan dalam sektor pendidikan swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Lions Clubs International District 308-A2 Leo Forum 2025 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Abdul Karim juga menjangkakan jumlah permohonan diluluskan bagi tahun ini akan kekal stabil, menandakan kestabilan dan potensi berterusan program S-MM2H sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Sarawak.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Next: Bursa Malaysia lantik Azizan Abd Aziz sebagai ketua pegawai kewangan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.