KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) akan meneruskan program Rumah MySejahtera di seluruh dengan memfokuskan membaiki serta membaik pulih rumah yang dikenal pasti.
Pengarah JPBM Dato Mohamad Hamdan Wahid berkata tahun ini, lebih banyak rumah akan dibaiki menggunakan peruntukkan bajet tahun 2020.
“Kita akan melihat semula profil pemohonan namun tahun hadapan kita akan lihat semula program ini bergantung kepada peruntukan dan kelulusan daripada kerajaan,” ujarnya.
Belia berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis penyerahan rumah MySejahtera di Kampung Quap Dayak semalam.
Beliau berkata sejak tahun 2015, sebanyak 150 buah rumah sejahtera telah dibina dan lebih kuran 200 buah rumah telah diselenggara.
“Kesemua rumah ini telah dibina dibawah JPBM kepada kategori dan profil penduduk yang telah dikenalpasti sama ada yang telah mengalami kebakaran atau bencana alam atau yang dalam kategori B40 iaitu yang memerlukan.
“Program ini adalah untuk menyantuni masyarakat dalam keadaan yang mungkin memerlukan bantuan dan pmbinaan ini dibawah peruntukan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” jelasnya.
Beliau berkata setakat tahun lepas dan hingga kini, sebanyak enam buah rumah telah dibina di Sarawak.
“Selepas ini kita akan teruskan untuk membaiki rumah dan kita akan lihat semula bajet dan projek baiki rumah ini kita akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan tTempatan sbb kerana mereka yang mengendali bajet duduk dibawah JKT,” ujar Hamdan.
Pada majlis sama, seorang penduduk Kampung Quap Dayak, Anang Giranang berusia 44 tahun telah menerima sebuah rumah baru melalui program MySejahtera.
Pembinaan rumah telah bermuka pada Disember 2019 dan siap pada Mac 2020.
Oleh Alexandra Lorna