Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Program rintis KAFA dalam proses penambahbaikan, penilaian
  • SEMASA

Program rintis KAFA dalam proses penambahbaikan, penilaian

Utusan Sarawak 20 hours ago
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Marhamah Rosli ditemui pemberita selepas Program Santuni MADANI bersama Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) hari ini. Foto Bernama

KOTA BHARU: Program Rintis Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) masih dalam proses penambahbaikan dan penilaian secara menyeluruh sebelum dimuktamadkan pelaksanaannya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli.

Beliau  berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang merancang untuk melibatkan 200 guru KAFA dalam program rintis terbabit melibatkan masing-masing 100 guru di Melaka dan Perak.

“Kita perlu memahami kebanyakan kelas KAFA ketika ini beroperasi tiga hari seminggu dan menggunakan premis sedia ada seperti sekolah kebangsaan yang turut menjalankan aktiviti kokurikulum.

“Justeru, untuk melaksanakan model lima hari seminggu, ia memerlukan penyediaan premis yang benar-benar bersesuaian dan mampu menampung keperluan pelajar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Santuni MADANI bersama guru KAFA di sini hari ini.

Pada program itu, sebanyak 450 guru KAFA dari Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Tumpat menerima sumbangan sempena Aidilfitri.

Marhamah berkata, pihaknya juga sedang mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Pendidikan bagi meneliti pelbagai aspek termasuk penyelarasan waktu bekerja guru, struktur elaun, kebajikan guru dan pelajar serta keperluan operasi program.

“Program ini dilaksanakan sebagai rintis dan tidak diperluas pada peringkat awal namun sekiranya berjaya, ia berpotensi menjadi asas kepada penstrukturan semula perjawatan melibatkan 36,500 guru KAFA di seluruh negara.

“Tempoh pelaksanaan rintis adalah selama dua tahun. Bagaimanapun, pada masa ini ia masih di peringkat cadangan oleh JAKIM dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkepentingan,” katanya.

– Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Unimas umum pelantikan semula Abang Johari sebagai Pro Canselor
Next: KPI JPJ kurangkan kadar kemalangan maut, bukan saman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.