Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Rendah Karbon, kukuhkan kesedaran alam sekitar
  • WILAYAH

Program Rendah Karbon, kukuhkan kesedaran alam sekitar

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Dr Malcolm Mussen Lamoh menyempurnakan Program Rendah Karbon anjuran MDLA yang berlangsung di Pentas Utama Batang Ai, Lubok Antu, hari ini. Foto MDLA

LUBOK ANTU: Seramai 120 peserta telah menyertai Program Rendah Karbon anjuran Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) yang berlangsung di Pentas Utama Batang Ai, Lubok Antu, hari ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh. 

Program ini merupakan inisiatif penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurangan karbon dan pengurusan sisa secara bertanggungjawab.

DATUK Dr Malcolm Mussen Lamoh menyempurnakan Program Rendah Karbon anjuran MDLA yang berlangsung di Pentas Utama Batang Ai, Lubok Antu, hari ini. Foto MDLA

Menurut jurucakap MDLA, program ini memberi fokus kepada pengurangan sisa ke tapak pelupusan melalui amalan kitar semula seperti pengasingan sampah boleh dikitar semula, pengumpulan e-sisa, minyak masak terpakai serta pengurusan sampah pepejal yang lebih lestari.

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program termasuklah aktiviti menanam pokok bunga di sekitar kawasan Batang Ai sebagai simbol komitmen hijau. 

Peserta turut mengambil bahagian dalam aktiviti ‘plogging’ iaitu riadah sambil mengutip sampah yang berjaya mengumpul sebanyak 328.3 kilogram sampah.

Selain itu, turut diadakan acara senamrobik bertemakan pakaian beragam 3R (Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula) dengan penyertaan daripada sembilan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berdekatan serta Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Batang Ai.

DATUK Dr Malcolm Mussen Lamoh menyempurnakan Program Rendah Karbon anjuran MDLA yang berlangsung di Pentas Utama Batang Ai, Lubok Antu, hari ini. Foto MDLA

Program juga dimeriahkan dengan penyertaan pelbagai kaunter dan kiosk pameran melibatkan MDLA, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, Perkhidmatan skim mySalam, Klinik Kesihatan Lubok Antu serta Pejabat Perkhidmatan Veterinar Sri Aman bagi memberi informasi dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Program ini membuktikan komitmen MDLA dalam memperkasakan budaya hijau dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan mampan untuk kesejahteraan komuniti setempat.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pegawai Daerah Lubok Antu merangkap Pengerusi MDLA, Akoi Ejau; Setiausaha MDLA, Ting Tiew Lik; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Roselind Neging dan Pengurus Stesen Janakuasa Hidroelektrik Batang Ai, David Gunda.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Najis tikus ditemui, premis makanan di Bintulu ditutup 14 hari
Next: ADUN Kabong sumbang RM8,000 kepada Kelab Tarik Tali Trass Merah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.