Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program ‘Quran Hour’ semarakkan penghayatan al-Quran di 40 sekolah Daerah Sri Aman
  • WILAYAH

Program ‘Quran Hour’ semarakkan penghayatan al-Quran di 40 sekolah Daerah Sri Aman

Utusan Sarawak 4 hours ago
PROGRAM Quran Hour sempena sambutan Nuzul Quran Peringkat Daerah Sri Aman 2026. Foto Unit Pendidikan Islam PPD Sri Aman

SIMANGGANG: Program ‘Quran Hour’ sempena sambutan Nuzul Quran Peringkat Daerah Sri Aman 2026 baru-baru ini berjaya dilaksanakan secara serentak di 40 sekolah di seluruh daerah ini bagi menyemarakkan budaya membaca serta memahami al-Quran dalam kalangan warga pendidikan.

Menurut kenyataan media Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman, program berkenaan turut melibatkan pegawai di PPD Sri Aman, para guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Muslim serta murid-murid sekolah rendah dan menengah.

Program yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing itu menumpukan kepada pengisian utama iaitu bacaan, tadabbur serta penghayatan Surah Al-Kahfi selaras dengan tema penghayatan al-Quran dalam kehidupan seharian.

PROGRAM Quran Hour sempena sambutan Nuzul Quran Peringkat Daerah Sri Aman 2026. Foto Unit Pendidikan Islam PPD Sri Aman

Menurut kenyataan itu, penganjuran program tersebut bertujuan menghidupkan budaya membaca dan memahami al-Quran dalam kalangan warga sekolah selain memperkukuhkan nilai keimanan serta akhlak.

Antara objektif utama program ialah menyemai minat membaca, memahami dan menghayati al-Quran dalam kalangan warga pendidikan di samping membudayakan tadabbur al-Quran sebagai panduan hidup.

Selain itu, program berkenaan juga dilihat mampu memperkukuh nilai iman serta membentuk akhlak mulia dalam kalangan murid agar menjadikan al-Quran sebagai rujukan dalam kehidupan seharian.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra’ ayat 9 menyebut bahawa al-Quran memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus serta khabar gembira kepada orang-orang beriman yang mengerjakan amal soleh bahawa mereka akan memperoleh pahala yang besar.

Sehubungan itu, pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat terus dilaksanakan secara berterusan bagi menyuburkan kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan generasi muda.

Program anjuran Unit Pendidikan Islam, PPD Sri Aman itu juga diharap mampu melahirkan generasi yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, sumber kekuatan iman serta pedoman dalam menghadapi cabaran zaman.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki hilang lima hari di hutan Kanowit ditemukan selamat
Next: Latihan isyarat tangan kawalan lalu lintas di IPD Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.