Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Pra-Gawai hari ke-12 dekati komuniti rumah panjang Sungai Petai dan Sungai Kesa
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Pra-Gawai hari ke-12 dekati komuniti rumah panjang Sungai Petai dan Sungai Kesa

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Program Pra-Gawai hari ke-12 bagi kawasan DUN Meradong diteruskan dengan lawatan ke beberapa rumah panjang di Sungai Petai dan Sungai Kesa, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan mendekati masyarakat rumah panjang dan meninjau keperluan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, lawatan tahunan ini membolehkan beliau mendengar sendiri permasalahan penduduk dan menyalurkan bantuan bersesuaian menjelang sambutan Hari Gawai.

“Melalui pendekatan ini, saya bukan sahaja dapat mendekati rakyat, tetapi juga menyelami permasalahan mereka dengan lebih dekat. 

ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Meradong

“Ini membolehkan saya menyalurkan bantuan dan penyelesaian yang bersesuaian,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Katanya, kerajaan Sarawak terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk rumah panjang di kawasan Meradong, sekali gus memastikan mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan negeri.

“Rakyat di kawasan Meradong menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan menerusi pelbagai permohonan yang disampaikan. 

“Mereka menyambut kedatangan saya dan rombongan dengan penuh mesra. Ini menunjukkan mereka percaya bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa menjaga kebajikan rakyat, memberi perhatian dan kasih sayang,” katanya.

Koung Hiing yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor turut menekankan bahawa kerajaan Sarawak menyediakan pelbagai insentif termasuk Kad Emas Kenyalang, Bantuan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), Program Faedah Kesihatan Warga Emas Sarawak (SCHB), Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Kumpulan Wang Wakaf Sarawak (EFS) dan sebagainya.

Tambahnya, kerjasama semua pihak, termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) amat penting bagi memastikan setiap agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

“Setiap kali menjelang perayaan Gawai, lawatan ke rumah panjang merupakan salah satu program tahunan yang diamalkan oleh saya sejak bergelar wakil rakyat. 

“Oleh itu, sikap proaktif pimpinan akar umbi amat penting dalam mewujudkan kesejahteraan masyarakat di kawasan ini,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pengukuhan organisasi belia asas pembangunan komuniti Pakan
Next: JBPM Bintangor kekal tahap kesiapsiagaan tinggi melalui penilaian kompetensi kemahiran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.