Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program penyerahan daging korban Parlimen Kota Samarahan perkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat
  • Selatan
  • WILAYAH

Program penyerahan daging korban Parlimen Kota Samarahan perkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Rubiah Wang menyerahkan daging korban kepada penerima. Foto UKAS

ASAJAYA: Program Penyerahan Daging Korban Parlimen Kota Samarahan terus memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Selain mengimarahkan sambutan Aidiladha, program tersebut turut menjadi platform memperkukuh semangat kerjasama, perpaduan dan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat menerusi penglibatan bersama dalam aktiviti komuniti.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, ibadah korban bukan sekadar tuntutan agama, malah menjadi wadah penting dalam memupuk nilai pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan dalam masyarakat.

DUA ekor lembu telah dikorbankan pada program Penyerahan Daging Korban Parlimen Kota Samarahan.

“Program seperti ini bukan sahaja menghidupkan syiar Islam dan penghayatan ibadah korban, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh semangat kekeluargaan dalam komuniti,” katanya.

Dalam program tersebut, sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan sebelum agihan daging korban disempurnakan oleh Datuk Rubiah kepada 76 penerima melibatkan penduduk Kampung Lubok Kurak, Kampung Tanjung Apong, Kampung Beliong dan Kampung Sri Tajo.

Aktiviti penyembelihan, melapah, membungkus dan pengagihan daging korban dilaksanakan secara bergotong-royong dengan penglibatan ahli kariah masjid, surau serta penduduk kampung setempat.

Turut hadir, Pegawai Daerah Asajaya Jerry Zannuddin Bidin serta Temenggong Masyarakat Melayu Bahagian Samarahan Chek Bujang. –  UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek RTP jalan lorong Kampung Hulu Perpat tingkat kemudahan penduduk
Next: BSJKD IPD Lubok Antu terus perhebat kempen kesedaran jenayah komersial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.