Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Program Pendidikan Literasi Fungsian sumbang pembentukan masyarakat berilmu dan celik digital
  • PENDIDIKAN

Program Pendidikan Literasi Fungsian sumbang pembentukan masyarakat berilmu dan celik digital

Utusan Sarawak 8 hours ago
TAHNIAH… DSP Noraizan Mohd Jamil menyampaikan sijil Pendidikan Literasi Fungsian kepada peserta yang telah tamat pembelajaran. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) Kemas merupakan satu inisiatif penting dalam memperkasa masyarakat melalui pengusaan kemahiran asas 3M iaitu membaca menulis dan mengira.

Ketua Polis Daerah (KPD) Marudi, DSP Noraizan Mohd Jamil berkata, kemahiran ini bukan sahaja membantu meningkatkan taraf pendidikan individu malah membuka lebih banyak peluang untuk meningkatkan taraf hidup, kesejahteraan keluarga dan pembangunan komuniti secara keseluruhannya.

Di samping itu katanya, program ini turut menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih berilmu, berdikari dan celik digital.

Menurut beliau masyarakat yang mempunyai literasi yang baik lebih berupaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat, mendapatkan maklumat daripada sumber yang dipercayai dan membantu ahli keluarga, khususnya warga emas agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Jelas beliu program PLF bukan sahaja meningkatkan tahap pendidikan masyarakat malah berperanan penting dalam melahirkan komuniti yang lebih bijak, berwaspada dan sleamat daripada ancaman penipuan siber yang semakin berleluasa.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis Graduasi Pendidikan Literasi Fungsian Rh Chabob Sungai Tarak Lubok Amam di Bilik Seminar Dewan Suarah Marudi pagi tadi.

Dalam pada itu, seramai 10 peserta telah berjaya menamatkan PLF anjuran Unit Pembangunan Komuniti (PKOM) KEMAS P.220 Baram.

PESERTA PLF Kemas bergambar kenangan selepas menerima sijil disempurnakan DSP Noraizan Mohd Jamil. Foto Jiku Juguong

Noraizan menegaskan bahawa kejayaan ini membuktikan bahawa semangat untuk menimba ilmu tidak mengenal usia, latar belakang mahupun cabaran.

Beliau berharap pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan dan menjadi contoh kepada ahli keluarga serta masyarakat setempat.

Sementara itu TR Chabob Diau pemenang pertama menerima anugerah membaca terbaik diikuti Me’e Diau (tempat kedua) dan Ita Limbang (tempat ketiga).

Tiga peserta menerima anugerah menulis terbaik iaitu Tamoh Umpang, Ita Limbang dan TR Chabob Diau manakala Linda Diau, Tamoh Umpang dan Ansimau Gelingan masing-masing mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga yang menerima anugerah mengira terbaik.

Turut hadir Pegawai Kemas Daerah, Therry Noel George Anyi.

Oleh Jiku Juguong

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan STEM lahirkan generasi masa depan
Next: PPD Baram perkukuh STEM, lahirkan generasi berdaya saing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.