Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Program Pembentukan Karakter 2027 perkukuh sahsiah, nilai murni murid – KPM
  • PENDIDIKAN

Program Pembentukan Karakter 2027 perkukuh sahsiah, nilai murni murid – KPM

Utusan Sarawak 3 days ago
GELAGAT murid-murid sekolah yang dirakam pada hari pertama sesi persekolahan. Foto fail BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan Program Pembentukan Karakter sebagai satu daripada inisiatif utama di bawah kurikulum persekolahan 2027 bagi melahirkan murid yang bersahsiah unggul, beradab dan bertanggungjawab.

Menurut kenyataan KPM hari ini, program itu anjakan strategik dalam sistem pendidikan negara bagi memperkukuh pembangunan sahsiah dan nilai murni secara menyeluruh serta berstruktur dalam kalangan murid.

“Pada peringkat prasekolah, ia akan dilaksanakan secara bersepadu menerusi aktiviti harian pembelajaran,” menurut kenyataan itu.

Pada peringkat sekolah rendah dan menengah pula, masa khusus selama 60 minit seminggu akan diperuntukkan dalam jadual waktu bagi membolehkan aktiviti pembentukan karakter dilaksanakan secara terancang dan berfokus.

Program itu menekankan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada aktiviti yang menumpukan penghayatan nilai, tingkah laku positif, serta penerapan adab dan akhlak dalam konteks kehidupan seharian murid.

Menurut KPM, inisiatif itu cerminan komitmen KPM untuk melahirkan generasi yang holistik dalam aspek akademik, sahsiah dan jati diri. – Bernama

Continue Reading

Previous: Karnival Sukan Tingkatan Enam wadah bentuk ketahanan fizikal, mental, emosi pelajar
Next: Eksklusif: Ibubapa mahu rotan dikembali untuk disiplin pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.