Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Pembelajaran Sepanjang Hayat pemangkin transformasi komuniti DUN Dudong
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat pemangkin transformasi komuniti DUN Dudong

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEKITAR berlangsungnya Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) menerusi Kursus Pengurusan Organisasi Berkesan di Sibu, semalam.

SIBU: Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) menerusi Kursus Pengurusan Organisasi Berkesan dilihat sebagai pemangkin utama dalam usaha mentransformasikan komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong ke arah masyarakat yang lebih berdaya saing serta cekap mentadbir.

Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Dudong, Tan Sri Bustari Yusuf berkata, transformasi komuniti memerlukan perubahan minda dan cara kerja yang berteraskan penguasaan ilmu serta kemahiran pengurusan yang berkesan.

Katanya, inisiatif PSH yang dijalankan bersama Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu berperanan penting dalam memperkasa jentera akar umbi dengan kemahiran urus tadbir yang cekap, telus dan sistematik.

“Kursus ini adalah langkah awal ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Masih banyak ilmu yang perlu diterokai dan perancangan strategik akan terus dirangka bersama pihak kolej bagi memastikan agenda transformasi komuniti DUN Dudong dapat dicapai sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Penolong Ketua Cawangan PBB Dudong, Jamil Julaihi, yang mewakili beliau pada program berkenaan, semalam.

Program anjuran bersama PBB Cawangan Dudong dan Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu itu menghimpunkan ahli jawatankuasa Cawangan, Ranting, Pemuda, Wanita dan Belia bagi meningkatkan kefahaman dalam pengurusan dokumentasi, kewangan serta tadbir urus organisasi.

Sementara itu, Pengarah Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu, Norasmah Jaafar berkata, pihak kolej komited untuk berperanan sebagai pusat ilmu dalam menyokong aspirasi pembangunan dan transformasi komuniti setempat.

Beliau berkata, seramai 10 tenaga pengajar terlibat dalam perkongsian ilmu merangkumi modul Pemahaman Perlembagaan, Kepimpinan, Pengurusan Dokumentasi dan Kewangan serta Simulasi Mesyuarat Penuh.

Turut hadir pada program tersebut ialah Ketua Wanita PBB Cawangan Dudong, Rosnani Amin.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Bazar Tahun Baharu Cina di Miri Times Square meriah
Next: 55 lampu solar tingkat keselamatan sekitar IPD Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.