Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program Nyalakan Pokok Krismas 2025 meriahkan Taman Tebingan Sungai Batu Kawa Batu 
  • TEMPATAN

Program Nyalakan Pokok Krismas 2025 meriahkan Taman Tebingan Sungai Batu Kawa Batu 

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyempurnakan upacara menyalakan lampu pokok Krismas sempena Program Menyalakan Pokok Krismas 2025 di Taman Tebingan Sungai Batu Kawa, hari ini. Foto Majlis Perbandaran Padawan

KUCHING: Program Menyala Pokok Krismas 2025 telah berlangsung meriah di Taman Tebingan Sungai Batu Kawa hari ini dan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Program berkenaan menampilkan upacara simbolik menyalakan lampu hiasan pokok Krismas di Taman Tebingan Sungai Batu Kawa, diikuti persembahan nyanyian lagu Krismas oleh kakitangan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Majlis tersebut turut disertai ahli-ahli majlis MPP serta penduduk setempat, sekali gus mencerminkan keharmonian masyarakat Sarawak yang berbilang kaum dan agama. 

Penganjuran program ini selaras dengan usaha memperkukuh perpaduan, toleransi dan saling menghormati dalam komuniti setempat.

PERSEMBAHAN nyanyian lagu Krismas oleh kakitangan Majlis Perbandaran Padawan memeriahkan Program Menyala Pokok Krismas 2025 di Taman Tebingan Sungai Batu Kawa, hari ini. Foto Majlis Perbandaran Padawan

Selain disambut oleh penganut agama Kristian, program ini turut terbuka kepada orang ramai sebagai platform mempererat hubungan kemasyarakatan, memupuk persefahaman dan meraikan kebersamaan dalam suasana perayaan.

Turut hadir Pengerusi MPP, Kaunselor Tan Kai serta Setiausaha Perbandaran MPP, Ir Ts Goh Thiam Ho.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tiga buaya ditangkap hari ketujuh Op Remove di Sungai Batang Krian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.