Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program MyLesen sasar 1,000 peserta di Parlimen Julau
  • WILAYAH

Program MyLesen sasar 1,000 peserta di Parlimen Julau

Utusan Sarawak 8 hours ago
AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien bergambar bersama ahli-ahli PPDK Julau selepas selesai AGM. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien

JULAU: Inisiatif membantu penunggang motosikal terutamanya golongan belia di luar bandar mendapatkan lesen memandu secara sah terus diperkasa apabila satu program MyLesen akan dianjurkan di kawasan Parlimen Julau dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien, berkata program tersebut dilaksanakan melalui kerjasama antara JPJ dan Pusat Khidmat Parlimen Julau, dengan sasaran sekurang-kurangnya 1,000 peserta berumur 16 tahun ke atas yang masih belum memiliki lesen memandu.

Katanya, program tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan mendapatkan lesen secara sah di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya.

“Saya harap rakyat di kawasan Parlimen Julau merebut peluang dan boleh memandu motosikal secara sah.

“Selain itu, ia adalah supaya mereka tahu dan mematuhi undang-undang di jalan raya,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya, semalam.

AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien mengadakan perjumpaan dengan pihak JPJ untuk kerjasama menjalankan program MyLesen bagi peringkat Parlimen Julau di pejabatnya, semalam. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien

Tambahnya, pemilikan lesen memandu juga memberi kelebihan kepada orang ramai untuk menikmati kemudahan tertentu yang disediakan kerajaan.

“Oleh itu, peserta MyLesen juga akan menikmati perkhidmatan subsidi bahan api iaitu Budi MADANI RON95 sekiranya mereka sudah mempunyai lesen yang sah.

“Selain itu, saya turut menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Julau.

“Pada AGM kali ini, saya telah dilantik semula sebagai pengerusi PPDK Julau untuk penggal kedua dari 2026 hingga 2028,” katanya.

Katanya, PPDK Julau memainkan peranan penting dalam membantu golongan orang kurang upaya (OKU) melalui pelbagai program pemulihan dan latihan kemahiran yang dilaksanakan setiap tahun.

“Semoga lebih ramai lagi ahli akan menyertai PPDK Julau.

“Masih ramai golongan orang kurang upaya (OKU) yang tidak dapat menerima bantuan dan ini adalah cara untuk menyampaikan bantuan kepada mereka.

“Saya berharap PPDK Julau akan terus membangun dan melatih lebih ramai pelajar sewajarnya,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Iftar Jamaie Sibu Jaya eratkan perpaduan komuniti
Next: JPJ Cawangan Sarikei agih 600 pek bubur sempena RamadanĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.