Program motivasi tingkat semangat pelajar di Kampung Long Panai

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PENDIDIKAN… Pelajar SMK Tutoh Apoh dan murid SK Long Panai mengikuti sesi motivasi di Dewan Kampung Long Panai.

BARAM: Seramai 85 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh menyertai program motivasi yang dianjurkan oleh Biro Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Long Panai di Dewan Kampung Long Panai hari ini.

Turut hadir dalam program tersebut ialah 29 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Long Panai dan 11 guru.

Menurut penyelaras program, Cikgu Chan Wa Fook, program ini merupakan hasil kolaborasi antara sekolah dan komuniti setempat.

PENGHARGAAN… Guru SMK Tutoh Apoh, Chan Wa Fook menyampaikan cenderamata kepada penceramah Profesor Dr Son Radu.

“Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan motivasi murid, terutamanya di kawasan pedalaman, serta menyedarkan mereka tentang kepentingan pendidikan untuk masa depan,” kata beliau.

Sesi motivasi disampaikan oleh Bekas Pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Son Radu dan Jok Jau, Bekas Guru Besar SMK Long Bedian.

Oleh Jiku Juguong