Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses – LHDN
  • NASIONAL

Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses – LHDN

Utusan Sarawak 5 hours ago
LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN).

CYBERJAYA: Program Memfail Borang Nyata (BN) bagi 2026 telah dimuat naik di portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan BN tahun ini.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan dokumen itu boleh diakses dan dimuat turun menerusi laman www.hasil.gov.my atau capaian pantas https://www.hasil.gov.my/media/02mbu5fw/program-memfail-bn-bagi-tahun-2026.pdf.

“Dalam usaha memudahkan proses pelaporan, majikan digalakkan untuk mengemukakan butiran saraan dan potongan pekerja melalui e-C.P8D selewat-lewatnya pada 25 Februari 2026.

“Maklumat saraan pekerja yang diterima akan digunakan bagi tujuan praisi ke dalam e-Borang pekerja (e-BE / e-B / e-BT / e-M / e-MT Tahun Taksiran (TT) 2025). Langkah ini bertujuan memudahkan proses e-Filing bermula 1 Mac 2026,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, LHDN memaklumkan mulai TT 2025 (asas tahun semasa), Sistem Taksir Sendiri (STS) diperkenalkan kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perniagaan Labuan selaras dengan pindaan kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (ACAPL 1990).

Pelaksanaan STS bertujuan menyeragamkan sistem taksiran cukai di Labuan supaya selari dengan sistem taksiran yang berkuat kuasa di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.

Seiring dengan pelaksanaan keperluan pengemukaan dokumen di bawah Seksyen 82B ACP 1967 bagi pembayar cukai kategori Syarikat (C) dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PT) bermula TT 2025, ia diperluas kepada pembayar cukai kategori Unit Amanah/Amanah Harta Tanah (TC), Koperasi (CS), Badan Amanah (TA) dan Amanah Pelaburan Harta Tanah/Tabung Amanah Harta (TR) mulai TT 2026.

Sebagai panduan dan rujukan, maklumat berhubung pelaksanaan Program Memfail Dokumen Yang Ditentukan di bawah Seksyen 82B boleh diakses melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Semangat kerjasama, kebersamaan bantu Malaysia mendepani pelbagai cabaran ekonomi – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.