Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program madu kelulut perkasa ahli BAKAT tingkat ekonomi keluarga ATM
  • Selatan
  • WILAYAH

Program madu kelulut perkasa ahli BAKAT tingkat ekonomi keluarga ATM

Utusan Sarawak 3 hours ago
PESERTA menerima kits pembuatan sabun masing-masing.

KUCHING: Usaha memperkasa ekonomi keluarga warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperkukuh melalui Projek Keusahawanan Madu Kelulut anjuran Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) dengan kerjasama Pusat Kelestarian Unimas.

Program di bawah inisiatif Ekonomi ATM MADANI itu memberi peluang kepada ahli BAKAT mempelajari kemahiran baharu berasaskan produk semula jadi, sekali gus membuka ruang penjanaan pendapatan yang lebih mampan.

Ketua Projek, Profesor Dr. Zainab Ngaini yang berpengalaman dalam bidang inovasi produk dan kelulut, berkata usaha tersebut bukan sahaja memanfaatkan sumber tempatan, malah menyokong agenda kelestarian yang semakin diberi penekanan dalam pembangunan komuniti.

“Kami mahu memberi peluang kepada ahli BAKAT mempelajari kemahiran baharu yang bukan sahaja menjana pendapatan, tetapi turut menyokong kelestarian alam melalui penggunaan bahan semula jadi seperti madu kelulut,” katanya.

SIMBOLIK penyerahan kits pam dan baju kalis kelulut kepada Noridah Ahmad@Othman yang juga pengerusi BAKAT.

Antara pengisian utama ialah kursus pembuatan sabun madu kelulut yang dikendalikan Ummu Aqilah, pengasas jenama NGEGEH by WAMB Malaysia. Peserta mempelajari teknik formulasi menggunakan madu kelulut asli, kawalan kualiti serta kaedah penghasilan produk yang memenuhi piawaian pasaran.

“Saya teruja kerana dapat belajar cara membuat sabun sendiri. Dengan peralatan yang diberikan, saya yakin boleh mula menghasilkan produk untuk dijual,” kata seorang peserta.

Turut diadakan Bengkel Khusus Pembuatan Label dan Pembungkusan Sabun yang dikendalikan Azlandy Mohammid Ali Tuah, memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penjenamaan, reka bentuk label profesional, teknik pembungkusan menarik dan penyediaan maklumat produk mengikut keperluan pasaran semasa.

UMMU Aqilah membuat demonstrasi pembuatan sabun madu kelulut.

Bengkel tersebut turut menekankan kepentingan kreativiti dan strategi pemasaran bagi meningkatkan daya tarikan produk, khususnya untuk menembusi pasaran kecil dan sederhana.

Dengan gabungan latihan praktikal, kreativiti penjenamaan dan sokongan peralatan asas, program ini diyakini mampu membantu ahli BAKAT memulakan perniagaan kecil berasaskan madu kelulut, sekali gus memperkukuh ekonomi keluarga warga ATM melalui produk bernilai komersial yang dihasilkan sendiri.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Persiapan musim tengkujuh: NADMA salur kit makanan ke Limbang, Lawas
Next: Statistik jenayah Daerah Meradong menurun 28 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.