Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program Lesen Anjing Percuma, Vaksin Anti-Rabies dan Pemasangan Mikrocip oleh MPP Sabtu ini
  • TEMPATAN

Program Lesen Anjing Percuma, Vaksin Anti-Rabies dan Pemasangan Mikrocip oleh MPP Sabtu ini

Utusan Sarawak 9 hours ago
POSTER Program Lesen Anjing Percuma, Vaksinasi Anti-Rabies dan Pemasangan Mikrocip.

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan menganjurkanProgram Lesen Anjing Percuma, Vaksinasi Anti-Rabies dan Pemasangan Mikrocipuntuk anjing di kawasan parkir keretaSJK (C) Chung Hua Sungai Tengah, Jalan Sejijak, Sabtu ini bermula9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Pengerusi MPP, Kaunselor Tan Kai, berkata inisiatif tersebut bertujuan menggalakkan pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab, meningkatkan keselamatan awam serta memastikan kesihatan dan kesejahteraan jangka panjang anjing di kawasan berkenaan.

“Kami komited untuk menyokong komuniti yang lebih selamat dan sihat untuk manusia serta haiwan peliharaan. Dengan menawarkan lesen, vaksinasi dan pemasangan mikrocip secara percuma, kami berharap dapat mengurangkan risiko, mencegah penyakit, serta membantu haiwan peliharaan yang hilang untuk pulang ke rumah,” kata Tan Kai.

Beliau menambah bahawa MPP akan menanggung subsidi kos pengebirian sebanyak RM150 bagi 50 ekor anjing pertama yang berdaftar dan divaksin di bawah majlis tersebut.

Pemilik anjing digalakkan untuk menyertai program ini yang turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), khususnya Matlamat 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang baik serta Matlamat 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat.

Tan Kai turut mengingatkan para pemilik haiwan agar memastikan anjing mereka dikawal dengan baik dan ditemani oleh orang dewasa yang bertanggungjawab sepanjang program berlangsung.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Muzium Budaya Borneo bukti keunikan Sarawak di pentas muzium global
Next: Sarawak perkenal dua inisiatif pelancongan antarabangsa utama di WTM London 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.