
MARUDI: Pejabat Kesihatan Daerah Marudi telah menganjurkan Program Kospen Wow 2025 yang berlangsung di perkarangan Pejabat Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi, semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, berkata program tersebut dianjurkan khusus untuk anggota APM Marudi bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri.
Program dimulakan dengan taklimat pengenalan Kospen Wow, diikuti sesi penerangan mengenai pemakanan seimbang, Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam (Akta 852), serta kesan pengambilan alkohol terhadap tubuh badan.

Selain itu, turut diadakan pemeriksaan kesihatan melibatkan pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI), tekanan darah tinggi, dan paras glukosa bagi semua peserta yang hadir.
Program ini diharap dapat memupuk kesedaran serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota APM Marudi.
Oleh Jiku Juguong