Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Korektif MADANI perkukuh pemulihan komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

Program Korektif MADANI perkukuh pemulihan komuniti

Utusan Sarawak 1 day ago
KERJASAMA BAIK..Suridah (dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Usman disaksikan tetamu lain. 

LIMBANG: Seramai 60 peserta menyertai Program Jangkauan Korektif MADANI anjuran Penjara Limbang dengan kerjasama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Limbang semalam.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Penjara Limbang, program ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara institusi pemulihan dan komuniti luar, selain memberi pendedahan serta motivasi kepada prospek agar lebih bersedia menghadapi kehidupan selepas pembebasan.

“Dalam program ini, para peserta turut terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan PPDK serta membaik pulih kerosakan kecil secara bersama,” menurut kenyataan itu.

Penjara Limbang menjelaskan, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif kepada semua pihak terlibat.

“Ia bukan sahaja memperkasa semangat Malaysia MADANI, malah memperlihatkan keprihatinan bersama terhadap usaha pemulihan yang menyeluruh serta berfokuskan komuniti.

“Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada inisiatif pemulihan menyeluruh dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat dan negara,” katanya lagi.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Limbang, Penolong Komisioner Penjara (PKP) Usman Mala.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi PPDK Limbang, Dayang Suridan Supri dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Limbang, Alister Langi Potin.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: KMJG 2025: Jemoreng meriah dengan Jalur Gemilang
Next: 400 pelajar sertai ceramah kesedaran dadah anjuran AADK Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.