Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program korban ikut SOP
  • TEMPATAN

Program korban ikut SOP

Utusan Sarawak 5 years ago
ADUN N.25 SIMUNJAN..Awla Dris.

SIMUNJAN: Program ibadah korban bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Simunjan akan dilaksana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) serta garis panduan yang telah ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris memberitahu, satu taklimat khas untuk ketua masyarakat dari kampung yang terlibat bagi menerangkan tatacara pelaksanaan program berkenaan telah diadakan baru-baru ini.

“Yang pastinya program ibadah korban untuk DUN N.25 Simunjan akan berpandu kepada SOP yang telah ditetapkan,” ujar Awla ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.

Menurut Awla, beliau percaya tiada masalah bagi penduduk kampung yang terlibat mempraktikkan norma baharu dalam melaksanakan ibadah korban itu kelak.

Katanya, lebih tiga puluh ekor lembu bagi program korban untuk kawasan DUN N.25 Simunjan yang akan diadakan pada hari Sabtu (1 Ogos).

Tambah Awla, Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri akan turut serta menjayakan program korban berkenaan.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Projek pembangunan di DUN Sebuyau berjalan lancar
Next: Dikehendaki pasang Wristband

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.