Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program komuniti rapatkan agensi kerajaan dengan rakyat
  • Utara
  • WILAYAH

Program komuniti rapatkan agensi kerajaan dengan rakyat

Utusan Sarawak 3 hours ago
ISKANDAR Turkee beramah mesra dengan para penduduk ketika menghadiri Program Satelit Komuniti Rakyat MADANI KEMAS Bahagian Bintulu 2026 di Rumah Micheal Bilong Lampoh, Sungai Mas.

BINTULU: Program Satelit Komuniti Rakyat MADANI KEMAS Bahagian Bintulu 2026 terus memainkan peranan sebagai platform yang merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat menerusi pelbagai aktiviti bermanfaat yang memenuhi keperluan komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, program seumpama itu bukan sahaja memberi akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan, malah menjadi medium untuk memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Menurut beliau, semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk sepanjang program berlangsung mencerminkan kekuatan sebenar masyarakat di Bintulu dan Sarawak secara keseluruhannya.

“Apa yang paling menggembirakan saya adalah melihat semangat kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat pelbagai kaum yang hadir.

“Inilah kekuatan sebenar yang kita miliki di Bintulu dan Sarawak amnya.

“Program seperti ini bukan sahaja mendekatkan agensi kerajaan dengan rakyat, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti,” katanya.

ISKANDAR Turkee ketika berucap pada Program Satelit Komuniti Rakyat MADANI KEMAS Bahagian Bintulu 2026 di Rumah Micheal Bilong Lampoh, Sungai Mas.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Satelit Komuniti Rakyat MADANI Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Bintulu di Rumah Micheal Bilong Lampoh di Sungai Mas, Jalan Bintulu-Tatau, hari ini.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program termasuk pemeriksaan kesihatan, ceramah pencegahan rabies, pertandingan mewarna, demonstrasi memasak, demonstrasi bomba serta sukaneka yang melibatkan komuniti setempat.

Dalam pada itu, Iskandar berkata, program komuniti turut boleh dimanfaatkan sebagai platform untuk memperkenal peluang pendidikan dan latihan kemahiran kepada golongan belia luar bandar.

Menurutnya, institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) boleh dibawa ke peringkat komuniti bagi membantu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan maklumat berkaitan kursus kemahiran dan peluang pekerjaan.

Beliau berharap, program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan masyarakat terus mendapat manfaat daripada pelbagai perkhidmatan serta inisiatif pembangunan yang disediakan kerajaan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas pertaruh nyawa selamatkan lapan cucu, anak dalam kebakaran
Next: Cadangan naik taraf sistem perparitan RTP 2027 di Jalan Hui Sing Lorong 5/2 dan 5/4

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.