Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Komuniti 2025 perkukuh pendidikan antidadah di Rumah Monica Jelira Jugah
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Komuniti 2025 perkukuh pendidikan antidadah di Rumah Monica Jelira Jugah

Utusan Sarawak 8 hours ago
CHIENG….Ketika melawat pameran AADK Daerah Sibu pada Program Komuniti 2025 di Rumah Monica Jelira Jugah, Nanga Salim, semalam. Foto AADK Daerah Sibu

SIBU: Program Komuniti 2025 yang diadakan di Rumah Monica Jelira Jugah, Nanga Salim, semalam memberi tumpuan utama kepada usaha membendung penyalahgunaan dadah melalui pameran antidadah yang melibatkan lebih 80 penduduk serta agensi kerajaan.

Program anjuran Majlis Daerah Luar Bandar Sibu itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat setempat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta mendorong komuniti mengamalkan gaya hidup sihat dan bebas gejala tersebut.

Selain pameran, peserta turut didedahkan kepada kesan buruk dadah melalui sesi taklimat dan interaksi bersama agensi terlibat.

TANAM KESEDARAN…..Orang ramai tidak melepaskan peluang melawat pameran AADK Daerah Sibu pada Program Komuniti 2025 di Rumah Monica Jelira Jugah, Nanga Salim, semalam. Foto AADK Daerah Sibu

Pada masa sama, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu membuka kaunter pendaftaran dalam talian bagi merekrut ahli baharu SKUAD Antidadah, khusus untuk penduduk berusia 18 hingga 45 tahun yang berminat menyertai aktiviti kesukarelawanan memerangi dadah di peringkat komuniti.

Majlis penangguhan program telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek.

Turut hadir Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Sarikei–Meradong siapsiaga hadapi MTL
Next: Perarakan tanglung dan kereta berhias meriah, warna-warni budaya serikan Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.