Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program KMJG 2025 kukuhkan perpaduan dan patriotisme di Serian
  • Selatan
  • WILAYAH

Program KMJG 2025 kukuhkan perpaduan dan patriotisme di Serian

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Sri Dr. Richard Riot Jaem menghadiri Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Fasa IV di Serian.

SERIAN: Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Fasa IV yang berlangsung di Kampung Pichin, Serian, hari ini berjaya menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, ketua masyarakat serta penduduk tempatan dalam suasana penuh semangat patriotik.

Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Dr. Richard Riot Jaem, menyifatkan kejayaan penganjuran itu tidak dapat dipisahkan daripada peranan utama Jabatan Penerangan Malaysia yang turun padang bersama masyarakat setempat.

“Tanpa usaha Jabatan Penerangan, program seumpama ini sudah tentu tidak dapat dijalankan.

“Saya amat menghargai usaha mereka kerana memilih kawasan kampung pedalaman yang hanya lima kilometer dari sempadan Indonesia sebagai lokasi penganjuran,” katanya ketika ditemui media selepas program berkenaan, pagi tadi.

RAKAMAN gambar kenangan semasa Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Fasa IV di Serian.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Kampung Pichin dan kampung-kampung sekitar yang hadir beramai-ramai serta ketua masyarakat yang berganding bahu menjayakan sambutan tersebut.

“Penyertaan hampir semua agensi kerajaan peringkat daerah termasuk Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), Ketua Polis Daerah serta wakil Pejabat Daerah Serian, membuktikan komitmen bersama dalam menyemarakkan semangat kebangsaan.

“Penganjuran KMJG mampu memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Kadang-kadang orang terlepas pandang tentang kepentingan menyambut Hari Malaysia.

“Tetapi melalui program sebegini, kita dapat menyalakan semula semangat kesetiaan kepada negara,” jelasnya.

Beliau berharap program KMJG akan terus digalakkan pada masa hadapan sebagai salah satu pengisian sambutan bulan kebangsaan.

“Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak kerana memilih kawasan Parlimen Serian untuk majlis ini.

“Jelas terbukti bahawa tanpa penglibatan ketua masyarakat, ketua kaum dan penduduk setempat, kejayaan sebesar ini tidak mungkin tercapai,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: APM Spaoh bersihkan jalan terhalang pokok tumbang di Jalan Pakoh
Next: Petronas sumbang keperluan perubatan asas kepada Klinik Kesihatan Nanga Tiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.