Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program kesihatan SPPC dapat sambutan
  • TEMPATAN

Program kesihatan SPPC dapat sambutan

Utusan Sarawak 3 years ago

HARI INI SIHAT… Seorang pengunjung sedang menjelaskan kesihatannya.

APA sahaja aktiviti berkaitan kesihatan,ia tetap mendapat sambutan penduduk tempatan dan perkara tersebut kelihatan  lebih terserlah kebelakangan ini.


Ada yang menyatakan bahawa  senario itu berikutan keadaan  kesihatan penduduk  semakin rapuh berikutan  pelbagai penyakit yang muncul semenjak beberapa tahun yang lalu.


Antara yang paling dahsyat dan  telah menggegar  seluruh dunia ialah pandemic Covid-19 dengan rantaian pelbagai varian yang menyaksikan setakat ini telah mengorbankan banyak nyawa.

Walaupun sudah ada vaksin sebagai pencegahan, namun masih mengancam nyawa sesiapa sahaja yang dijangkiti oleh virus maut ini.

Malah, belum reda lagi Covid-19,  kini muncul  Cacar Monyet yang juga dikatakan hampir sama bahayanya dengan Covid-19.

Justeru, tahap kesihatan seseorang  itu terutama yang mempunyai daya tahan atau imuniti badan yang maksima mungkin dikatakan sebagai perisai yang mampan untuk melawannya.

Atas dasar tersebut,  tak hairanlah penganjuran aktiviti berkaitan kesihatan seperti pemeriksaan kesihatan oleh sebuah gereja di Mukah  baru-baru ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Program juga diadakan  sempena dengan Sambutan Ulang Tahun  Gereja  Roman Catholic  Saints Peter & Paul Church (SPPC) Mukah Ke-117 pada tahun ini.

Berlangsung  di Dewan Katolik gereja  yang berlokasi di Jalan Haji Mohd Fauzi itu,  ia dikendalikan oleh staf-staf kesihatan daripada Hospital Mukah dan Jabatan Kesihatan Bahagian, termasuk Pergigian.

Antara yang diketengahkan termasuklah kempen derma darah, pemeriksaan gigi, pap smear dan juga pameran mengenai  kesihatan.

Pada kesempatan yang sama,  pihak kesihatan juga menjelaskan tentang program Peka B40 ( Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40) serta pendaftaran.

Ia disertai dengan persetujuan dan deklarasi bagi tujuan data peribadi berkaitan dengan Peka B40 yang merangkumi saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan  rawatan kanser, instentif tambang pengangkutan, audit perbuatan dan kualiti, profil kesihatan, analisis data dan pemantauan & penilaian secara kolektif.

Rata-rata yang berkesempatan untuk menghadiri program pemeriksaan kesihatan tersebut berpuas hati kerana perkhidmatan yang ditawarkan hampir menyeluruh.

Selain  pemeriksaan kesihatan,  pemeriksaan gigi  dan derma darah, pihak gereja juga menganjurkan  Basikalton sebagai acara utama pada hari tersebut.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Tiada sebab tak rai 31 Ogos
Next: Saiz ekonomi Sarawak akan berganda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.