Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program kesedaran sempena Hari Kebangsaan tarik 50 peserta di Julau
  • Tengah
  • WILAYAH

Program kesedaran sempena Hari Kebangsaan tarik 50 peserta di Julau

Utusan Sarawak 20 hours ago

PENGISIAN PROGRAM.…Antara pengisian program kesedaran awam sempena Program Jiwa @ Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025. Foto BBP Bintangor 

JULAU: Seramai 50 peserta menyertai program kesedaran awam sempena Program Jiwa @ Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 anjuran Pejabat Penerangan Daerah Julau yang dijalankan di Rumah Genta, Nanga Bilat, baru-baru ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami aspek pencegahan kebakaran secara lebih mendalam melalui ceramah, demonstrasi dan latihan praktikal.

“Program kesedaran awam seperti ini amat penting kerana ia mampu melengkapkan masyarakat dengan pengetahuan asas keselamatan kebakaran. 

“Tindakan pantas dan betul ketika kecemasan boleh menyelamatkan nyawa serta harta benda,” katanya ketika dihubungi. 

PENGISIAN PROGRAM.…Antara pengisian program kesedaran awam sempena Program Jiwa @ Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025. Foto BBP Bintangor 

Katanya, tahap kesedaran awal merupakan kunci utama dalam mengurangkan risiko kebakaran, khususnya di kawasan kediaman yang sering terdedah kepada insiden melibatkan penggunaan dapur memasak.

“Antara pengisian program kesedaran awam adalah ceramah keselamatan kebakaran, pengenalan media pemadaman menggunakan alat pemadam api dan demonstrasi memadam kebakaran dapur memasak.

“Penyertaan masyarakat yang aktif dalam latihan sebegini menunjukkan tahap keprihatinan yang tinggi terhadap isu keselamatan di peringkat komuniti.

“Kita mahu masyarakat, termasuk golongan belia dan suri rumah, berani serta tahu bertindak apabila berdepan situasi kebakaran, bukannya panik sehingga membahayakan diri,” tambahnya. 

Mahmudin berharap kesinambungan program kesedaran awam ini dapat diperluas ke kawasan lain agar lebih ramai penduduk mendapat manfaat dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Nyanyian bukan sekadar hiburan, tapi cinta pada tanah air – ADUN Meradong
Next: ADUN Meradong komited bantu gereja, salur dana naik taraf dewan St. James Parish

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.