Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program kepolisan komuniti tingkatkan keselamatan, cegah penipuan dalam talian
  • Tengah
  • WILAYAH

Program kepolisan komuniti tingkatkan keselamatan, cegah penipuan dalam talian

Utusan Sarawak 5 hours ago
CENDERAMATA… Dato Sri Alexander Nanta Linggi menerima cenderamata daripada KPD Julau DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah. Foto Facebook Dato Sri Alexander Nanta Linggi

JULAU: Program Kepolisan Komuniti berperanan penting dalam meningkatkan keselamatan masyarakat, mencegah penipuan dalam talian, kata Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Katanya, ia juga berperanan sebagai platform bagi menangani penyalahgunaan dadah dan vape atau rokok elektronik.

UCAPAN… Dato Sri Alexander Nanta Linggi berucap pada Program Kepolisan Komuniti Bersatu anjuran IPD Julau di Rumah Jana Jawing, Batu Matop, hari ini. Foto Facebook Dato Sri Alexander Nanta Linggi

“Program seperti ini sangat penting dalam mencegah penipuan dalam talian; menangani isu penyalahgunaan dadah dan vape; memperkukuh kerjasama komuniti dan pihak berkuasa; menjaga keselamatan dan kesihatan keluarga.

“Saya ingin mengingatkan kita semua supaya sentiasa berwaspada,” katanya ketika menghadiri Program Kepolisan Komuniti Bersatu anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau di Rumah Jana Jawing, Batu Matop, hari ini.

Tambahnya, penjenayah tidak memilih tempat sama ada bandar atau luar bandar dan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa.

SANTUNI PENDUDUK… Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyantuni penduduk rumah panjang setibanya di Rumah Jana Jawing, Batu Matop, hari ini. Julau DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah. Foto Facebook Dato Sri Alexander Nanta Linggi

“Jika ada keraguan atau menerima tawaran yang meragukan dalam talian, bertanyalah kepada pihak yang boleh dipercayai. 

“Jangan biarkan diri dan keluarga dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus menyokong usaha ke arah keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

“Saya komited untuk terus membantu setakat yang mampu demi keselamatan dan kesejahteraan komuniti kita.

“Bersama kita menolak penipuan kerana keselamatan kita adalah keutamaan. Bila kita bersatu, kita lebih kuat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nanta turut merakamkan penghargaan kepada Tuai Rumah Jana Jawing dan penduduk dari 17 rumah panjang yang hadir bagi memeriahkan program tersebut.

“Bagi menyokong penganjuran aktiviti keselamatan komuniti, 16 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima sumbangan RM5,000 setiap satu, manakala Rumah Jana Jawing menerima RM15,000, dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau turut menerima RM15,000 bagi melancarkan program akan datang,” katanya.

Turut hadir Ketua Polis Daerah (KPD) Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiong tekankan profesionalisme media di era AI dan teknologi maju
Next: APM Sarikei laksana operasi pembersihan pokok tumbang di Jalan Bangunan Kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.