Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Program Kembali ke Sekolah diteruskan di Stampin, bantu pelajar berpendapatan rendah
  • PENDIDIKAN

Program Kembali ke Sekolah diteruskan di Stampin, bantu pelajar berpendapatan rendah

Utusan Sarawak 9 hours ago
BANTUAN… Pembantu khas Ahli Parlimen Stampin, Sim Kiat Leng, mewakili Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen mengunjungi enam sekolah di Batu Kawa untuk mengagihkan keperluan sekolah kepada pelajar.

KUCHING: Program Kembali ke Sekolah di bawah Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen diteruskan hari ini bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menjelang sesi persekolahan baharu.

Pembantu khas Ahli Parlimen Stampin, Sim Kiat Leng, mewakili beliau mengunjungi enam sekolah di Batu Kawa untuk mengagihkan keperluan sekolah kepada pelajar.

BANTUAN… Pembantu khas Ahli Parlimen Stampin, Sim Kiat Leng, mewakili Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen mengunjungi enam sekolah di Batu Kawa untuk mengagihkan keperluan sekolah kepada pelajar.

Sekolah sekolah yang terlibat hari ini ialah Sekolah Jenis Kebangsan (SJK) Chung Hua Batu Kawa, SJK Chung Hua Stapok, Sekolah Kebangsaan (SK) Stapok, SJK Chung Hua Tapang MJC, SK RPR Batu Kawa dan SJK Chung Hua No.6 Kuching.

Barangan yang diagihkan termasuk alat tulis, bekas pensel, botol air dan kasut sekolah bagi membantu ibu bapa mengurangkan perbelanjaan serta memberi semangat kepada pelajar untuk memulakan sesi baharu dengan yakin dan bersemangat.

BANTUAN… Pembantu khas Ahli Parlimen Stampin, Sim Kiat Leng, mewakili Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen mengunjungi enam sekolah di Batu Kawa untuk mengagihkan keperluan sekolah kepada pelajar.

Sim berkata pendidikan adalah antara cara paling berkesan untuk mengubah masa depan dan setiap anak berhak untuk belajar dalam keadaan selesa dan bermaruah.

Beliau berkata senyuman para pelajar ketika menerima keperluan sekolah menjadi dorongan utama kepada pasukan untuk terus membantu generasi muda.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan para guru atas kerjasama mereka yang memastikan proses pengagihan berjalan dengan lancar.

Program Kembali ke Sekolah ini akan diteruskan di sekolah lain dalam kawasan Parlimen Stampin.

Oleh Connie Chieng

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sokongan padu semua pihak pacu kemajuan SJK (C) Kiang Hin
Next: Kerajaan bakal tubuh jawatankuasa khas kaji cadangan pemindahan STPM, Matrikulasi bawah KPT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.