Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program ‘Kamek Prihatin, Kitak Penting’ satukan inisiatif kerajaan demi kesejahteraan rakyat
  • TEMPATAN

Program ‘Kamek Prihatin, Kitak Penting’ satukan inisiatif kerajaan demi kesejahteraan rakyat

Utusan Sarawak 20 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah (empat dari kanan) menyampaikan bantuan bencana kebakaran kepada salah seorang penerima pada Program Outreach bertemakan “Kamek Prihatin, Kitak Penting” hari ini.

SIBU: Program Jangkauan bertemakan ‘Kamek Prihatin, Kitak Penting’ menjadi medan penyatuan pelbagai inisiatif kerajaan di bawah satu bumbung dengan fokus utama bagi memastikan rakyat terus menikmati keselesaan, kemudahan dan kemajuan berterusan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, pemilihan Sibu sebagai lokasi pertama penganjuran program oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti membuktikan kepercayaan terhadap keupayaan masyarakat setempat.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, fokus kita adalah rakyat. Kerajaan hanyalah ejen pelaksana bagi memastikan segala inisiatif sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada ucapan aluan program tersebut yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah di Kompleks Islam Sibu hari ini.

Beliau turut memuji kehadiran masyarakat dari pelbagai daerah termasuk Kapit, Song, Machan, Kanowit dan kawasan sekitar Sibu yang mencerminkan semangat perpaduan utuh dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, perpaduan merupakan benteng utama dalam menangkis sebarang cubaan pihak tertentu yang mahu melemahkan masyarakat.

Pada majlis sama, beliau turut berkongsi beberapa inisiatif pendidikan unik kerajaan negeri yang tidak terdapat di negeri lain, antaranya bayaran balik 30 peratus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), skim bantuan duit poket RM1,200 setahun bagi setiap pelajar, serta bantuan komputer riba bernilai RM3,000 kepada pelajar baharu.

Jelasnya, bantuan tersebut mampu mengurangkan beban keluarga terutama yang mempunyai lebih daripada seorang anak di institusi pengajian tinggi, selain memberi ruang kepada mereka menggunakan peruntukan lain untuk keperluan harian.

Selain itu, katanya enam Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak sedang dibangunkan dengan tiga daripadanya telah siap.

“Mulai tahun depan, hampir RM600 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pendidikan tinggi percuma di empat universiti negeri melibatkan 64 kursus.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak pernah menjanjikan pendidikan tinggi percuma dalam mana-mana kempen pilihan raya, namun beliau tetap melaksanakannya kerana keprihatinan terhadap masa depan pendidikan rakyat.

“Dua mesej penting hari ini iaitu kepentingan pendidikan dan pentingnya perpaduan perlu dibawa pulang oleh semua ketua masyarakat dan ketua kaum untuk disampaikan kepada rakyat di seluruh Sarawak,” tegasnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mesyuarat strategik JPJ Miri selaras kemasukan bas Brunei ke Sabah, Sarawak
Next: Isu vape pelajar semakin meruncing, KPWK rangka dasar khusus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.