Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Juh Berami Ngail berpotensi jadi acara tahunan di Betong
  • WILAYAH

Program Juh Berami Ngail berpotensi jadi acara tahunan di Betong

Utusan Sarawak 1 day ago
AHLI Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu merakamkan gambar kenangan selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Program Juh Berami Ngail Tertutup Daerah Betong 2025 di Tebingan Sungai Batang Layar, hari ini. Foto Facebook Dr Richard Rapu

BETONG: Program Juh Berami Ngail Tertutup Daerah Betong 2025 di Tebingan Sungai Batang Layar berpotensi besar untuk dijadikan acara tahunan, sekali gus menjadi tarikan baharu kepada masyarakat setempat serta pengunjung luar.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata, sambutan luar biasa daripada orang ramai dan peminat aktiviti memancing membuktikan program itu mampu dikembangkan dengan lebih meriah pada masa akan datang.

Menurutnya, penganjur boleh mempertingkatkan lagi penganjuran dengan menyediakan hadiah wang tunai yang lebih menarik serta membuka ruang penyertaan yang lebih luas.

“Saya yakin Program Juh Berami Ngail ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk di sekitar Betong, malah berupaya menarik lebih ramai peserta dari luar daerah,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan hari ini.

AHLI Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu merakamkan gambar kenangan bersama juara Program Juh Berami Ngail Tertutup Daerah Betong 2025 di Tebingan Sungai Batang Layar, hari ini. Foto Facebook Dr Richard Rapu

Beliau menegaskan, penganjuran pertandingan memancing seperti ini bukan sekadar aktiviti rekreasi tetapi turut membuka peluang ekonomi kepada masyarakat tempatan melalui perniagaan kecil-kecilan dan industri sokongan lain.

“Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat masyarakat dan kelestarian budaya kita.

“Ini kerana jelas sekali ia bukan sahaja menjadi wadah mengeratkan silaturahim dalam komuniti malah turut menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk kreativiti serta menyuburkan semangat kebersamaan antara masyarakat setempat,” ujarnya.

Selain Program Juh Berami Ngail, turut diselitkan pelbagai aktiviti sampingan seperti Pertandingan Masakan dan Hiasan Kuih Bingka serta Pertandingan Dart Lelaki dan Wanita yang menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 41 anggota APM Saratok sertai latihan mingguan bertemakan Masakan Rimba
Next: Program Jiwa Komuniti MADANI salur perkhidmatan terus ke pintu rumah di DUN Mulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.