Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Program Jualan Rahmah MADANI terus jadi pilihan sempena Aidilfitri
  • SEMASA

Program Jualan Rahmah MADANI terus jadi pilihan sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 3 hours ago
ORANG ramai mengambil peluang membeli barangan keperluan pada harga lebih rendah semasa Program Jualan Rahmah MADANI menjelang sambutan Aidilfitri. Foto Bernama

IPOH: Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) terus menjadi pilihan orang ramai mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah terutama menjelang sambutan Aidilfitri.

Peniaga Khairul Azhar Zakaria, 36, berkata, membeli pelbagai barangan keperluan seperti ayam, daging, ikan dan barangan lain kerana harganya jauh lebih murah berbanding di kedai atau pasar raya.

“Barangan basah yang dibeli sekitar RM140 manakala barangan kering RM120. Memang sangat membantu, lebih-lebih lagi menjelang raya,” katanya ketika ditemui pada PJRM sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri 2026 di Bangunan Persekutuan di sini hari ini.

Sementara itu, Zaid Zakaria, 35, berkata kerap mengunjungi program tersebut kerana perbezaan harga yang ketara berbanding pasaran biasa.

ORANG ramai mengambil peluang membeli barangan keperluan pada harga lebih rendah semasa Program Jualan Rahmah MADANI menjelang sambutan Aidilfitri. Foto Bernama

Zaid berkata membelanjakan lebih RM200 untuk barangan basah manakala barangan kering pula dibeli pada harga kurang RM100.

“Terima kasih kerajaan kerana membantu rakyat. Ada barang yang murah sehingga 40 hingga 50 peratus dan bekalan juga mudah diperoleh di sini (PJRM) berbanding kedai biasa,” katanya.

Penuntut institut pengajian tinggi Nabilah Insyirah Mohd Noordin, 22, dari Chepor berkata datang ke program itu dengan ibunya untuk membeli barangan bagi persiapan rumah terbuka sempena Aidilfitri.

Antara barangan yang dibeli termasuk beras, ayam dan barangan kering.

“Alhamdulillah, memang banyak membantu kerana kalau beli di kedai, harganya lebih mahal,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Datuk Kamaluddin Ismail berkata sebanyak 266 PJRM dilaksanakan di negeri itu sepanjang Aidilfitri dari 16 Mac sehingga 19 April. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai digantung sementara
Next: Kerajaan, Tabung Haji adakan perbincangan teliti kos penerbangan haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.