Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Jualan Rahmah jadi platform bantu rakyat tangani kos sara hidup
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Jualan Rahmah jadi platform bantu rakyat tangani kos sara hidup

Utusan Sarawak 5 hours ago
KENANGAN…Masyarakat setempat yang hadir di program Jualan Rahmah bergambar bersama ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Pelaksanaan program Jualan Rahmah di Dewan Masyarakat Bintangor memberi peluang kepada penduduk setempat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah dan berpatutan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ding Kuong Hiing, berkata program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tersebut merupakan inisiatif berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Program Jualan Rahmah Bergerak amat penting kerana ia membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih mampu milik, terutama dalam situasi kos sara hidup yang semakin mencabar.

“Usaha berterusan seumpama ini wajar diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian, selain membantu isi rumah mengurus perbelanjaan dengan lebih berkesan.

“Inisiatif ini selari dengan usaha kerajaan untuk memastikan akses kepada barangan asas dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira lokasi dan latar belakang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan program tersebut, baru-baru ini.

Selain jualan barangan keperluan harian pada harga rendah, program tersebut turut menjadi platform libat urus antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat bagi mendengar pandangan serta maklum balas berkaitan isu kos sara hidup di kawasan Meradong.

Koung Hiing turut menegaskan komitmen beliau untuk terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan bagi membawa lebih banyak program berbentuk bantuan dan intervensi harga ke kawasan Meradong demi kesejahteraan rakyat.

“Pejabat Pusat Khidmat Meradong sentiasa bersedia membantu dan menjadi perantara kepada sebarang isu berkaitan kos sara hidup serta akses barangan asas supaya tiada golongan yang tercicir daripada agenda kesejahteraan rakyat,” katanya.

Turut hadir, Pegawai KPDN Sarikei, Norhakimin dan Setiausaha Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), Lau Chi Sing.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Mobile Service To U SUPP Bintangor dekati rakyat, mudahkan akses bantuan kebajikan
Next: Projek perlindungan pantai Kuala Sibuti bermula esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.