Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Jualan Rahmah Bergerak raih sambutan hangat di Bekenu
  • Utara
  • WILAYAH

Program Jualan Rahmah Bergerak raih sambutan hangat di Bekenu

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENDUDUK Bekenu memanfaatkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membeli barangan keperluan asas.

BEKENU: Program Jualan Rahmah Bergerak yang diadakan seawal 9.00 pagi mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di dua lokasi iaitu Kampung Danau dan Jambu di sini, hari ini. 

Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, beliau sempat turun padang meninjau sendiri pelaksanaan jualan di Kampung Danau dan mendapati respon masyarakat amat positif, khususnya dalam kalangan golongan wanita.

Menurutnya, harga barangan yang ditawarkan adalah berpatutan dan membantu meringankan beban kos sara hidup penduduk setempat.

PENDUDUK Bekenu memanfaatkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membeli barangan keperluan asas.

Selain itu, ramai pengunjung turut memanfaatkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off sebanyak RM100 dengan hanya menggunakan kad pengenalan bagi membuat pembelian.

“Saya juga berkesempatan membantu jurujual di kaunter dengan mengimbas barangan pembeli. Secara purata, kebanyakan penduduk berbelanja antara RM60 hingga RM180 bagi setiap transaksi,” katanya.

Beliau menambah, pelaksanaan program ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan bantuan sampai terus kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Program Jualan Rahmah Bergerak merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan barangan keperluan asas dapat diperoleh pada harga lebih rendah, sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.

Dato Lukanisman Awang Sauni berkesempatan membantu jurujual di kaunter dengan mengimbas barangan pembeli dan mendapati kebanyakan penduduk berbelanja antara RM60 hingga RM180 bagi setiap transaksi.

Oleh Adum Liu 

Continue Reading

Previous: Penganjur SMG 2026 adakan kunjungan hormat kepada Ahli Parlimen Tanjong Manis
Next: Reka bentuk bangunan PERKIM Limbang diteliti, penuhi keperluan semasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.