Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Jiwa@Komuniti MADANI perkukuh perpaduan di Telang Usan
  • Utara
  • WILAYAH

Program Jiwa@Komuniti MADANI perkukuh perpaduan di Telang Usan

Utusan Sarawak 1 day ago
ERAT PERPADUAN… Komuniti MADANI DUN Telang Usan memeriahkan Program Jiwa@ Komuniti MADANI Kemasyarakatan.

TELANG USAN: Lebih 60 individu daripada tiga Komuniti MADANI di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan iaitu Komuniti MADANI Long Lama, Long Laput dan Uma Akeh hadir memeriahkan Program Jiwa@Komuniti MADANI Kemasyarakatan DUN Telang Usan di Dewan SJK (C) Kee Tee, Long Lama, kelmarin.

Dalam ucapan perasmian, Ketua Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) Sarawak, David Yeo mewakili Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau berkata program tersebut bertujuan menyatukan pelbagai lapisan masyarakat untuk berinteraksi, bekerjasama dan saling mengenali dengan lebih rapat.

TAHNIAH… Pemenang pertandingan memasak bergambar kenangan pada Program Komuniti MADANI di Long Lama.

Katanya, program ini mampu menjadi platform penting bagi Jabatan Penerangan (JAPEN) dalam menyampaikan maklumat, isu semasa, dasar serta inisiatif kerajaan secara langsung kepada rakyat.

“Melalui platform ini, kita dapat merapatkan hubungan antara rakyat dan kerajaan serta memahami situasi sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, program ini selari dengan seruan kerajaan untuk memperkasakan komuniti, di samping berperanan sebagai jambatan komunikasi yang berkesan antara kerajaan dan masyarakat.

Tegasnya, ini merupakan langkah penting bagi memastikan setiap lapisan masyarakat menerima maklumat yang tepat serta berpeluang menyuarakan pendapat, pandangan dan keperluan mereka.

Beliau turut menjelaskan bahawa aktiviti sepanjang program tersebut termasuk pertandingan memasak, pondok kreatif dan pelbagai pengisian komuniti lain adalah antara pendekatan untuk merapatkan hubungan sesama masyarakat, sekali gus membina komuniti yang lebih inklusif dan bersatu.

Pada majlis tersebut, Dato Anyi Ngau turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM15,000 kepada ketiga-tiga Komuniti MADANI di kawasan DUN Telang Usan.

Dalam pada itu, Komuniti MADANI Long Lama diumumkan sebagai johan pertandingan memasak, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Komuniti MADANI Uma Akeh dan Komuniti MADANI Long Laput.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perbincangan naik taraf Niah ke daerah penuh bermula 6 Mei
Next: Pastikan rakyat terima perkhidmatan terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.