Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Jiwa@Komuniti MADANI kukuh perpaduan dan kesedaran kesihatan di Long Lama
  • Utara
  • WILAYAH

Program Jiwa@Komuniti MADANI kukuh perpaduan dan kesedaran kesihatan di Long Lama

Utusan Sarawak 13 hours ago
PERTANDINGAN Pakaian Beragam Pra Sekolah Tahap 1 sempena sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Long Lama. Foto : JAPEN Long Lama

LONG LAMA: Program Jiwa@Komuniti MADANI Hari Kesihatan yang berlangsung di Dewan SJK (C) Kee Tee Long Lama, semalam, mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Program anjuran bersama Panel Penasihat Klinik Long Lama dan Klinik Kesihatan Long Lama itu bukan sahaja memfokuskan aspek penjagaan kesihatan komuniti, malah berperanan sebagai platform untuk memupuk semangat patriotisme serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat sekitar.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau, yang menyokong penuh inisiatif tersebut sebagai wadah memperingati perjuangan kemerdekaan serta membina komuniti yang sihat dan bersatu.

“Nilai perpaduan harus sentiasa diterapkan dalam komuniti kerana keharmonian sosial adalah asas kepada kestabilan dan kemajuan negara,” katanya dalam ucapan perasmian.

 TUNJUK BAKAT…Pertandingan Mewarna untuk Warga Emas turut menceriakan suasana sambutan Kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia. Foto: JAPEN Long Lama

Program tersebut turut melibatkan penyertaan daripada Komuniti MADANI Long Lama, Uma Akeh dan Long Laput, serta pelajar dari SJK (C) Kee Tee Long Lama, SK Ubong Imang dan SMK Long Lama.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya Pertandingan Kereta Berhias Komuniti MADANI yang menampilkan kreativiti penduduk, Pertandingan Pakaian Beragam bagi murid prasekolah dan tahap satu, serta Pertandingan Busana Patriotik kategori lelaki dan wanita.

Turut mencuri tumpuan ialah Pertandingan Mewarna Warga Emas yang menceriakan suasana dan menggalakkan penglibatan generasi berusia.

 SESI Senamrobik di Dataran Long Lama mendapat sambutan menggalakkan komuniti Long Lama.

Selain aktiviti berbentuk santai dan kebudayaan, program ini turut dimanfaatkan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan melalui sesi taklimat oleh Pejabat Penerangan Daerah Telang Usan dan Klinik Kesihatan Long Lama, diikuti saringan kesihatan percuma kepada para pengunjung.

Kejayaan program ini membuktikan kesepaduan antara agensi kerajaan, pemimpin tempatan dan komuniti dalam menjayakan agenda pembangunan sosial yang inklusif serta selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Antara yang hadir memeriahkan program termasuk Wakil Pegawai Daerah Telang Usan SAO Ping Ngau Anyi, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Long Lama Dr Yee Coh Ken, Pegawai Penerangan Daerah Telang Usan Jua Daud, serta ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum dari kawasan sekitar.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Ibu bapa didorong terap pendekatan positif dalam pendidikan anak
Next: Semangat ukhuwah teras kestabilan ummah dan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.