Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Jiwa Komuniti MADANI wadah perkongsian suara rakyat
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Jiwa Komuniti MADANI wadah perkongsian suara rakyat

Utusan Sarawak 15 hours ago
BERSAMA RAKYAT…. Edwin pada Program Jiwa Komuniti MADANI (JIWA-Jalinan Insan Wahana Aspirasi) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Sibu, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di Rumah Limping Ingit, Nanga Tabau Tengah, Stapang, semalam. Foto Facebook Edwin Banta

SIBU: Program Jiwa Komuniti MADANI (JIWA – Jalinan Insan Wahana Aspirasi) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Sibu, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak telah berlangsung dengan jayanya di Rumah Limping Ingit, Nanga Tabau Tengah, Stapang, semalam.

Lebih 40 penduduk setempat menghadiri program tersebut yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta, Penghulu-Penghulu kawasan, wakil Pejabat Daerah Selangau, MyDigital Malaysia serta komuniti tempatan.

Program ini menjadi wadah perkongsian suara rakyat, dengan pelbagai isu dan harapan diketengahkan.  Antara yang dibangkitkan termasuk keperluan bahan binaan untuk kaki lima rumah panjang serta galakan terhadap kepimpinan akar umbi yang lebih proaktif dalam memacu pembangunan masyarakat.

Pembentukan Komuniti MADANI yang peka terhadap maklumat semasa amat penting, selain menggalakkan penggunaan MyDigital ID sebagai langkah mengelak penipuan digital.

Sementara itu, Edwin Banta menjelaskan mengenai peruntukan tahunan yang disediakan untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Biro Wanita, di samping menekankan perancangan pembangunan ekonomi jangka panjang melalui penanaman kopi sebagai sumber pendapatan baharu.

Program JIWA MADANI terus memainkan peranan penting sebagai jambatan komunikasi antara rakyat dan kerajaan, dengan matlamat menyampaikan maklumat, membuka peluang serta memperkukuhkan semangat komuniti setempat.

‘Anang Nangi, Anang Beteju, Anang Rawan, Anang Rindang, Aram Pajak Ka Singkang Nitih Ka Singkang Menoa Orang’ begitulah ungkapan yang mencerminkan semangat perpaduan dan tanggungjawab bersama dalam membina masa depan yang lebih baik.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan sasar Selangau jadi pusat penanaman kopi
Next: Tiga projek RTP siap, komuniti luar bandar Sarikei terima manfaat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.