Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Jiwa Komuniti MADANI salur perkhidmatan terus ke pintu rumah di DUN Mulu
  • Utara
  • WILAYAH

Program Jiwa Komuniti MADANI salur perkhidmatan terus ke pintu rumah di DUN Mulu

Utusan Sarawak 2 days ago
SALAM MERDEKA…Datuk Gerawat Gala merasmikan Program Jiwa MADANI sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Rh Ganing Sg Dabai. Foto : Jiku Juguong

MARUDI: Sambutan hangat penduduk terhadap Program Jiwa Komuniti MADANI sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Rumah Panjang Ganing, Sungai Dabai, mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan yang menjadi tunjang kemakmuran negara.

Program anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Telang Usan dan penduduk Rh Ganing itu diadakan bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata, pendekatan Malaysia MADANI yang digariskan Perdana Menteri menekankan nilai kesejahteraan, hormat, inklusif, keterjaminan dan pembinaan negara bangsa.

“Malaysia MADANI bukan sekadar slogan, sebaliknya merupakan kerangka hala tuju pembangunan negara yang menitikberatkan keseimbangan antara kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

“Program ini adalah bukti nyata bagaimana konsep MADANI dapat diterjemahkan secara langsung di lapangan,” katanya semasa merasmikan program berkenaan.

Menurut beliau, inisiatif seperti ini menyentuh keperluan sebenar rakyat melalui pendekatan libat urus, khidmat nasihat, penyampaian perkhidmatan kerajaan serta penyelesaian masalah setempat secara terus dan menyeluruh.

Katanya, program seperti ini turut menjimatkan masa, kos dan tenaga, terutamanya bagi penduduk luar bandar yang mungkin sukar mendapatkan akses kepada perkhidmatan di kawasan bandar.

“Pendekatan turun padang amat bermakna di kawasan luar bandar seperti DUN Mulu, apabila pelbagai perkhidmatan dibawa terus ke pintu rumah rakyat tanpa mengira latar belakang atau lokasi,” ujarnya.

Sebagai wakil rakyat, Gerawat menzahirkan keprihatinan terhadap pelbagai cabaran yang dihadapi penduduk, khususnya isu akses kepada infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, elektrik, pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan mencukupi serta peluang ekonomi.

Beliau berharap program seperti ini bukan sahaja menjadi saluran penyampaian perkhidmatan kerajaan, malah menjadi jambatan yang mengeratkan hubungan antara rakyat dan kerajaan.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Program Juh Berami Ngail berpotensi jadi acara tahunan di Betong
Next: 25 pelajar cemerlang terima pengiktirafan Yayasan Sarawak di Ekspo Pendidikan Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.