Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Jiwa Komuniti MADANI dekati masyarakat, kukuh silaturahim
  • Utara
  • WILAYAH

Program Jiwa Komuniti MADANI dekati masyarakat, kukuh silaturahim

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGHARGAAN… Hajijah Dollah menyampaikan cenderamata kepad Dato Anyi Ngau.

MARUDI: Program Jiwa Komuniti MADANI merupakan aktiviti turun padang dan sesi libat urus secara bersemuka di bawah tadbir urus Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).

Program ini bertujuan mendekati masyarakat serta mengeratkan silaturahim antara kerajaan dan rakyat, melibatkan ahli Komuniti MADANI daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan kepercayaan, sejajar dengan usaha memupuk keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat.

Pegawai Penerangan Daerah Marudi, Siti Mariam Mahdar, berkata program Jiwa MADANI tersebut merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Jiwa Komuniti MADANI Sembang Santai, Jiwa Komuniti MADANI Kemasyarakatan/Sambutan Perayaan, serta Jiwa Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

UCAPAN… Siti Mariam Mahdar semasa menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam, Apresiasi Komuniti Kampung Pemindahan.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan strategik, iaitu jabatan dan agensi, yang turut sama membantu pihaknya menjayakan program yang diadakan di lapangan.

Menurut beliau, bagi Parlimen Baram terdapat sembilan Komuniti MADANI yang telah ditubuhkan di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, ADUN Telang Usan dan ADUN Mulu, iaitu: Komuniti MADANI Kampung Pemindahan Marudi; Komuniti MADANI Rumah Jelaping Sungai Arang, Marudi; Komuniti MADANI Sungai Mallang Atas, Bakong; Komuniti MADANI Long Lama; Komuniti MADANI Uma Akeh; Komuniti MADANI Long Laput; Komuniti MADANI Rumah Ganing Sungai Gudang; Komuniti MADANI Rumah Gawong Sungai Selejau Asal; dan Komuniti MADANI Rumah Philip, Seri Upar.

SEMUA DAPAT… Ahli Komuniti MADANI Kampung Pemindahan Marudi mendapat hadiah cabuatan bertuah pada majlis Makam Malam, Apresiasi Komuniti MADANI Kampung Pemindahan.

“Pada dasarnya Komuniti MADANI berperanan membantu kerajaan memasarkan maklumat, inisiatif dan apa jua insentif kerajaan sehingga sampai kepada maayarakat dan seterusnya menyumbang kepada perpaduan di peringkat akar umbi,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis makan malam, Apresiasi Komuniti MADANI Kampung Pemindahan Marudi baru-baru ini.

Katanya menjadi harapan agar semua ahli Komuniti MADANI di Parlimen Baram sentiasa berkongsi informasi terkini dan isu-isu semasa kepada setiap lapisan masyarakat yang berada dalam lingkungan komuniti atau kampung masing-masing. 

Tambahnya, ada antara Komuniti MADANI yang berperanan sebagai Pemimpin Pendapat Utama (KOL) dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat kepada masyarakat, dengan media sosial dijadikan sebagai medium penyampaian maklumat.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mayat mangsa kedua tragedi lemas di Simpang Lapok ditemui
Next: Naib Gabenor Lions 308-A2 jalani kunjungan rasmi ke Bangkok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.