Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program Jelajah Warisan 2.0 tarik penyertaan tempatan dan antarabangsa di Niah
  • TEMPATAN

Program Jelajah Warisan 2.0 tarik penyertaan tempatan dan antarabangsa di Niah

Utusan Sarawak 4 hours ago
SINGGAH… Peserta singgah di hentian pertama, Gerai Kraftangan Tangap yang direka oleh masyarakat Iban yang rumah panjang mereka berdekatan dengan Gua Niah. Foto Facebook SFC

BATU NIAH: Program Jelajah Warisan 2.0 sempena Pesta Niah 2025 anjuran Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan kerjasama Jabatan Muzium Sarawak mendapat sambutan memberangsangkan apabila 24 daripada 25 slot penyertaan diisi oleh peserta tempatan dan antarabangsa.

Warisan Gua Niah merujuk kepada kepentingan sejarah dan arkeologi Kompleks Gua Taman Negara Niah di Miri, Sarawak.

BERJAYA…Program Jelajah Warisan 2.0 sempena Pesta Niah 2025 anjuran Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan kerjasama Jabatan Muzium Sarawak mendapat sambutan memberangsangkan apabila 24 daripada 25 slot penyertaan diisi oleh peserta tempatan dan antarabangsa. Foto Facebook SFC

Pada Julai 2024, Gua Niah telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kerana gua ini mengandungi rekod interaksi manusia dengan hutan hujan yang terpanjang, menjangkau lebih dari 50,000 tahun, serta penemuan fosil manusia purba dan lukisan batu prasejarah.

Menurut kenyataan SFC di Facebook hari ini, perjalanan bermula seawal 9.00 pagi dengan hentian pertama (singgah) di Gerai Kraftangan Tangap yang direka oleh masyarakat Iban yang rumah panjang mereka berdekatan dengan Gua Niah.

LUKISAN DINDING… Peserta tidak lepas peluang rakam kenangan di kawasan Gua Lukisan yang mempesonakan. Foto Facebook SFC
 

“Kemudian para peserta meneruskan penjelajahan ke destinasi utama termasuk Gua Lukisan (Lukisan Dinding) yang mempesonakan, Gua Besar yang megah, dan Gua Pedagang yang sarat nilai sejarah.

“Pengembaraan itu berakhir di Muzium Arkeologi Niah, tempat yang menampilkan koleksi dan paparan warisan berwawasan, sekali gus memberikan pengalaman mendalam mengenai sejarah dan kebudayaan kawasan berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, sepanjang acara, peserta berpeluang menikmati penjelasan berpandu eksklusif daripada pakar, yang membuka jendela pengetahuan baharu tentang keunikan warisan Niah.

Justeru itu, penganjuran ini bukan sahaja memperkayakan pengalaman pengunjung, malah turut mengangkat kepentingan pemeliharaan khazanah sejarah dan budaya Niah sebagai destinasi pelancongan warisan dunia, jelasnya lagi.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: HighChem dan Biaramas meterai MoU percepat penggunaan bas hidrogen di Sarawak
Next: Lebuh Raya Pan Borneo: Hanya berbaki beberapa lokasi seperti di Bukit Song, Lambir belum siap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.