Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program Jangkauan KPWK perkukuh hubungan kerajaan-rakyat di Zon Betong
  • TEMPATAN

Program Jangkauan KPWK perkukuh hubungan kerajaan-rakyat di Zon Betong

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa merasmikan Program Jangkauan KPWK Zon Betong 2026 di Dewan Masyarakat Spaoh, hari ini. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak 1

SPAOH: Pelaksanaan program jangkauan terus menjadi pendekatan strategik kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan dan keperluan rakyat sentiasa diberi perhatian secara menyeluruh, khususnya di peringkat akar umbi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan, pendekatan turun padang seperti Program Jangkauan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) bersama rakan strategik bagi Zon Betong 2026 mampu merapatkan jurang antara kerajaan dan masyarakat.

Menurut beliau, program bertemakan ‘Kamek Prihatin, Kitak Penting’ itu bukan sekadar acara rasmi, sebaliknya menjadi platform penting untuk rakyat mendapatkan maklumat, khidmat serta menyampaikan keperluan sebenar komuniti secara terus kepada agensi terlibat.

“Program seperti ini menjadi jambatan yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat. Ia membolehkan kita memahami secara langsung keperluan masyarakat dan memastikan setiap inisiatif pembangunan dapat disalurkan dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jangkauan KPWK Zon Betong 2026 di Dewan Masyarakat Spaoh, hari ini.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa merasmikan Program Jangkauan KPWK Zon Betong 2026 di Dewan Masyarakat Spaoh, hari ini. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak 1

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato’ Sri Fatimah Abdullah; Timbalan Menteri Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam; Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Dato Razaili Gapor; dan ADUN Kalaka, Mohamad Duri.

Uggah berkata, pendekatan turun padang memberi makna besar kerana ia membuka ruang kepada pemimpin dan agensi kerajaan melihat sendiri realiti setempat, mendengar cabaran harian masyarakat serta mempercepat tindakan susulan yang diperlukan.

Beliau menambah, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terus komited memperkasa kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif meliputi pendidikan, kebajikan sosial, pemerkasaan wanita, pembangunan komuniti dan sokongan kepada pertubuhan bukan kerajaan.

Tegasnya, usaha berterusan seperti ini penting bagi memastikan tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan, khususnya komuniti luar bandar, selain menjamin manfaat pembangunan dinikmati secara inklusif dan seimbang.

Program Jangkauan KPWK Zon Betong 2026 berlangsung selama dua hari bermula hari ini dengan pelbagai pengisian termasuk pameran, demonstrasi serta reruai perkhidmatan melibatkan kementerian, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), sekali gus memudahkan penduduk mendapatkan maklumat serta perkhidmatan di satu lokasi.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sembilan jambatan utama Sarawak siap dalam tahun ini
Next: Geran tahunan perkasa peranan masjid, surau di Petra Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.