Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Hospital Bersama Komuniti Saratok semarakkan semangat keprihatinan masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Hospital Bersama Komuniti Saratok semarakkan semangat keprihatinan masyarakat

Utusan Sarawak 13 hours ago
 PROGRAM Hospital Bersama Komuniti yang berlangsung di Pentas Utama Sri Kalaka, Saratok semalam. Foto: Hospital Saratok.

SARATOK: Program Hospital Bersama Komuniti yang berlangsung di Pentas Utama Sri Kalaka, di sini semalam berjaya menarik penyertaan ramai penduduk setempat dalam usaha memperkukuh hubungan antara Hospital Saratok dan komuniti daerah ini.

Program anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Hospital Saratok dengan kerjasama Kelab Perubatan Cawangan Saratok serta Kelab Rekreasi dan Kebajikan Hospital Saratok itu mendapat sambutan hangat daripada masyarakat pelbagai lapisan umur.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh Pengarah Hospital Saratok, Dr. Dayang Suhaila Abang Mohamed, sebelum disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi ALPH Hospital Saratok, Yusuf Trang.

PROGRAM anjuran ALPH Hospital Saratok dengan kerjasama dua kelab hospital itu mendapat sambutan hangat masyarakat setempat. Foto Hospital Saratok

Antara pengisian utama program termasuk Kempen Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Ceramah Pemakanan Sihat, Pertandingan Melukis Kanak-kanak, serta Pameran Perkhidmatan Hospital Saratok.

Menurut Dr. Dayang Suhaila, penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan mendekatkan hospital kepada masyarakat, tetapi juga meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan secara berterusan.

“Kesihatan adalah tanggungjawab bersama. Program seperti ini menjadi platform penting untuk menggalakkan masyarakat menjaga kesihatan secara proaktif,” katanya.

Program berakhir dengan ucapan penghargaan kepada semua penganjur, peserta, dan pengunjung yang turut sama menjayakan inisiatif komuniti berimpak tinggi ini.

Turut hadir, wakil-wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka dan Krian Krian, ketua kaum, penghulu kampung sekitar Saratok, serta ketua-ketua jabatan kerajaan Daerah Saratok.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lelaki panik, kereta terkunci di SJK Chung Hua Miri
Next: Rumah panjang lambang penyatuan warisan kaum Iban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.