Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Hasrat MADANI perkasa peranan PAWE Puncak Borneo untuk warga emas
  • Selatan
  • WILAYAH

Program Hasrat MADANI perkasa peranan PAWE Puncak Borneo untuk warga emas

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Willie Mongin bergambar bersama ahli PAWE dan peserta program selepas majlis perasmian.

KOTA PADAWAN: Program Hasrat MADANI: Hari Mesra Warga Emas Sihat dan Ceria diadakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Puncak Borneo hari ini menyerlahkan peranan penting pusat berkenaan dalam memperkasa kesejahteraan warga emas.

Ahli Parlimen P.198 Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin, menzahirkan harapan agar pusat ini terus menjadi wadah memperkukuh kesejahteraan masyarakat, khususnya warga emas yang berdepan pelbagai cabaran kesihatan fizikal dan mental.

DATUK Willie Mongin menyampaikan ucapan ketika merasmikan Program Hasrat MADANI: Hari Mesra Warga Emas Sihat dan Ceria di PAWE Puncak Borneo.

“PAWE bukan sekadar tempat berkumpul, tetapi simbol komitmen kita dalam memastikan warga emas terus dihargai, aktif dan sihat dalam komuniti.

“Warga emas perlu menjaga kesihatan tubuh dan minda. Senaman penting kerana otot yang kuat mampu menyokong tulang dan mengurangkan risiko sakit sendi serta saraf. 

“Cara kita menguruskan stres dan mengatur kehidupan juga memainkan peranan besar dalam menentukan tahap kesihatan,” katanya ketika berucap merasmikan program itu hari ini. 

AKTIVITI senamrobik menjadi antara pengisian menarik sempena Program Hasrat MADANI di PAWE Puncak Borneo, hari ini. 

Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kadar kematian pasca pandemik COVID-19 yang menurutnya lebih tinggi berbanding sebelum ini. 

Tambahnya, situasi itu bukan sahaja melibatkan warga emas, tetapi turut membabitkan golongan pertengahan usia serta yang lebih muda.

Sehubungan itu, beliau berharap PAWE dapat menjadi pusat sokongan yang membolehkan warga emas berjumpa pegawai, psikologis atau kaunselor untuk mendapatkan nasihat serta bimbingan. 

WARGA emas dari kampung sekitar Puncak Borneo yang hadir menyertai Program Hasrat MADANI: Hari Mesra Warga Emas Sihat dan Ceria di PAWE Puncak Borneo, hari ini.

“Jika ada yang perlukan teman atau ruang untuk beraktiviti, bolehlah hadir ke pusat ini kerana ia diwujudkan bagi menjaga kebajikan masyarakat kita,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Willie turut menekankan usaha memperkasa wanita melalui kursus terapi yang ditawarkan di PAWE. 

Beliau menjelaskan kerjaya dalam bidang terapi merupakan profesion yang mulia dan berpotensi membuka peluang pendapatan, sekali gus menggalakkan wanita Puncak Borneo melibatkan diri dalam perusahaan sosial. 

“Adanya pusat ini, tidak mustahil kita dapat melahirkan lebih ramai wanita yang berjaya dalam bidang perusahaan sosial berasaskan komuniti,” tambahnya. 

Willie menegaskan, PAWE Puncak Borneo perlu terus berkembang sebagai platform pertemuan, pembelajaran dan pengukuhan kebajikan, agar warga emas serta komuniti sekitarnya dapat menikmati kehidupan yang sihat, seimbang dan sejahtera.

Lebih daripada sekadar tempat bersantai, PAWE kini menjadi ruang interaksi aktif bagi warga emas, menawarkan pelbagai aktiviti sihat dan bermanfaat yang mampu menyemarakkan semangat serta memperkukuh hubungan komuniti.

Dengan keahlian seramai 276 ahli, PAWE Puncak Borneo dijangka terus menarik golongan berusia 60 tahun ke atas dari kampung-kampung sekitar untuk berkumpul, bergaul dan menjalani gaya hidup sihat secara bersama.

Oleh Adele Rissa

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program derma darah pertama anjuran JPJ Sibu tarik 71 penderma
Next: Ketua Pengarah Imigresen tinjau naik taraf Depot Imigresen Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.