Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Hari Warga Emas dirai meriah, usia bukan penghalang kekal aktif
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Hari Warga Emas dirai meriah, usia bukan penghalang kekal aktif

Utusan Sarawak 8 hours ago
SERAH SUMBANGAN…. Pengerusi Persatuan Warga Emas Sarikei, Neigne Hun Hee menerima sumbangan daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. Foto UKAS 

SARIKEI: Program Hari Warga Emas 2025 berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 100 warga emas dalam suasana penuh ceria di Kompleks Sukan Sarikei, semalam.

Acara yang menampilkan jogathon dan sukaneka ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat, malah mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan dalam kalangan warga emas setempat.

Program anjuran Persatuan Warga Emas Sarikei dengan kerjasama agensi kerajaan dan sokongan sukarelawan tempatan ini mencerminkan komitmen masyarakat terhadap kesejahteraan golongan warga emas.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok, merasmikan penutupan program tersebut.

Menurut beliau, semangat serta penyertaan aktif warga emas membuktikan usia bukan penghalang untuk kekal sihat dan positif.

“Melihat senyuman peserta jelas menunjukkan matlamat kita tercapai, iaitu menceriakan hari warga emas dan menghargai sumbangan mereka kepada masyarakat,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, atas inisiatif seperti Kenyalang Gold Card (KGC) dan Program Faedah Kesihatan Warga Emas Sarawak (SCHB) yang memberi manfaat rawatan percuma pesakit luar sehingga RM500 setahun kepada warga emas.

Sebagai tanda sokongan, Huang Tiong Sii menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Warga Emas Sarikei untuk kegunaan aktiviti dan program tahunan.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Warga Emas Sarikei, Neigne Hun Hee.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Serangan buaya di Limbang: Penduduk pesisir sungai diingatkan berwaspada
Next: Pesta Makanan SMKBK1 2025 pemangkin pembangunan sekolah, semangat bersama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.