Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Hari Santai dan Poco-Poco perkukuh hubungan staf, keluarga dan masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Hari Santai dan Poco-Poco perkukuh hubungan staf, keluarga dan masyarakat

Utusan Sarawak 15 hours ago
SENAMAN….ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bersenam bersama yang lain sebelum bermulanya pertandingan poco-poco.

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah hadir merasmikan Program Hari Santai Bersama Keluarga dan Pertandingan Poco-Poco di Padang Bola Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), semalam. 

Program Hari Santai Bersama Keluarga adalah anjuran Persatuan Jururawat Masyarakat, manakala Pertandingan Poco-Poco merupakan anjuran Kelab Anak Seni Meradong. 

Koung Hiing menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur kerana menganjurkan program tersebut. 

“Program sebegini bukan sahaja menceriakan hari kita, malah memperkukuhkan nilai kekeluargaan serta memberi kesan positif kepada warga kerja dan masyarakat sekeliling. 

“Objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga melalui aktiviti riadah yang sihat. 

“Di samping itu, ia turut bertujuan mengekalkan dan mengukuhkan hubungan sesama staf bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan saling membantu,” katanya ketika berucap pada program tersebut. 

Tambahnya, kedua-dua program ini menjadi jambatan yang merapatkan hubungan antara staf, keluarga dan masyarakat awam selaras dengan semangat perpaduan komuniti.

“Melalui acara santai seperti ini, termasuk pertandingan poco-poco yang bukan sahaja menyeronokkan malah turut memberi manfaat dari segi kesihatan dan kecergasan serta pelbagai aktiviti kekeluargaan lain. 

“Selain itu, kita dapat menyemai semangat kebersamaan, mengurangkan tekanan kerja serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan semua yang terlibat,” ujarnya. 

Koung Hiing turut mengumumkan akan menyumbang geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM3,000 kepada Persatuan Jururawat Masyarakat untuk menjalankan aktiviti tahunan khasnya di kawasan Daerah Meradong. 

Turut hadir Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Sarikei, Nabilah Nor Sabli, Penyelia Jururawat U7 Bahagian Sarikei, Naziera Jera Abdullah, Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bintangor yang juga Penyelaras Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Wellness of Workers (WOW) Klinik Kesihatan Bintangor, Aduen Impieng, Pengerusi Persatuan Jururawat Masyarakat selaku Penganjur Program Hari Keluarga, Anita Suppi dan Pengerusi Kelab Anak Seni Meradong, Hanisah Rosedi. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jerebu di Samalaju: Jarak penglihatan terhad, IPU catat bacaan sederhana
Next: Projek infrastruktur beri impak besar, penduduk di tiga rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.