Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program gotong-royong perkukuh semangat komuniti, kebersihan di Taman Harmoni
  • Tengah
  • WILAYAH

Program gotong-royong perkukuh semangat komuniti, kebersihan di Taman Harmoni

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis semasa menghadiri Program Pembangunan Komuniti MDSA Gotong-Royong dengan kerjasama JKKK Taman Harmoni dan BBP Sri Aman semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Program Pembangunan Komuniti Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Gotong-Royong berlangsung meriah di persekitaran Dewan Komuniti Taman Harmoni, semalam.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Harmoni serta Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis dengan simbolik pancutan air menggunakan salur bantu mula jentera bomba sebagai tanda pelancaran rasmi.

Menurut Harden, program gotong-royong sebegini bukan sahaja bertujuan membersihkan kawasan kediaman, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membudayakan gaya hidup sihat, persekitaran bersih dan suasana komuniti yang harmoni.

“Penganjuran program ini menjadi platform penting untuk kerajaan tempatan mendekati rakyat serta memberi perkhidmatan secara langsung, khususnya dalam aspek kebersihan dan kesejahteraan komuniti,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menambah, semangat gotong-royong tersebut memperlihatkan nilai murni yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian kerana ia mampu mengeratkan hubungan antara penduduk tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

“Program sebegini juga menunjukkan komitmen tinggi masyarakat setempat dalam menjaga kebersihan dan meningkatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap persekitaran mereka,” jelasnya lagi.

Selain itu, Harden turut menggesa agar program gotong-royong diteruskan secara berkala agar budaya kerja sukarela dapat terus subur di kalangan generasi muda serta dijadikan amalan berterusan dalam komuniti tempatan.

Sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif komuniti, beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi 2026 kepada beberapa entiti di Taman Harmoni.

Peruntukan tersebut diagihkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Dewan Komuniti Taman Harmoni (RM5,000), JKKK (Melayu) Taman Harmoni (RM5,000), JKKK (Iban) Taman Harmoni Fasa 1 (RM5,000) dan JKKK (Dayak) Taman Harmoni (RM5,000).

Turut hadir, ketua-ketua kaum, wakil Majlis Daerah Sri Aman, Ahli-Ahli Majlis Daerah serta penduduk setempat yang sama-sama berganding bahu menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pembinaan rumah baharu mangsa kebakaran Rumah Jantum dimulakan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.