Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Gotong-Royong MPKS tingkat kebersihan, kesedaran sivik
  • WILAYAH

Program Gotong-Royong MPKS tingkat kebersihan, kesedaran sivik

Utusan Sarawak 3 days ago
PIHAK berkuasa tempatan (PBT), agensi keselamatan dan komuniti setempat menjalankan Program Gotong-Royong Pembersihan Pasar Tamu Gerai Desa Mini Pengkalan Feri Kota Samarahan baru-baru ini. Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Program Gotong-Royong Pembersihan Pasar Tamu Gerai Desa Mini Pengkalan Feri bukan sahaja memberi impak terhadap aspek kebersihan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi keselamatan dan komuniti setempat.

Dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bersama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan, program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar yang turut serta dalam aktiviti pembersihan dan penyelenggaraan fasiliti awam.

PIHAK berkuasa tempatan (PBT), agensi keselamatan dan komuniti setempat menjalankan Program Gotong-Royong Pembersihan Pasar Tamu Gerai Desa Mini Pengkalan Feri Kota Samarahan baru-baru ini. Foto UKAS

Pengerusi MPKS, Abang Ismawi Abang Ali, yang menyempurnakan program tersebut berkata, inisiatif seperti ini dapat memupuk kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat.

“Ini adalah antara usaha berterusan MPKS dalam menjadikan Kota Samarahan sebagai sebuah kawasan perbandaran yang bersih, selamat dan sejahtera,” katanya ketika ditemui selepas program gotong-royong baru-baru ini.

Beliau turut menekankan bahawa penganjuran program sebegini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan pengunjung pasar, tetapi juga memberi ruang untuk memperkukuh kerjasama antara pelbagai pihak.

Program gotong-royong ini dijangka akan diperluas ke lokasi-lokasi lain dalam kawasan pentadbiran MPKS sebagai sebahagian daripada inisiatif kebersihan bersepadu sepanjang tahun ini.

–UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rosey kunjungi pemimpin masyarakat di Saeh
Next: Jambatan Ng. Rasau, Sg. Assan, simbol keterhubungan bagi penduduk Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.