Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program gotong-royong ‘Love in Action’ santuni rumah kebajikan di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Program gotong-royong ‘Love in Action’ santuni rumah kebajikan di Miri

Utusan Sarawak 9 hours ago
UNTUK ALBUM…Peserta Program Gotong-Royong Khidmat Masyarakat merakamkan gambar kenangan bersama penghuni Rumah Kanak-Kanak Methodist di Miri,semalam. 

MIRI: Seramai 32 sukarelawan belia menyertai Program Gotong-Royong Khidmat Masyarakat bertemakan ‘Love in Action’ yang berlangsung di Rumah Kanak-Kanak Methodist di sini,semalam bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan selamat untuk penghuni rumah kebajikan berkenaan.

Program itu dianjurkan bersama oleh Setiausaha kepada Ahli Parlimen Miri merangkap Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Miri, Chaw Zhe Jian, dengan kerjasama Pasukan Pusat Khidmat Parlimen Miri serta penglibatan aktif golongan belia.

Menurut Chaw, penganjuran program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Pusat Khidmat Parlimen Miri dalam mendekati masyarakat melalui pendekatan turun padang serta melaksanakan inisiatif kebajikan yang bersifat praktikal.

“Pusat Khidmat Parlimen bukan sekadar tempat menangani aduan rakyat, sebaliknya perlu memainkan peranan aktif dalam menyantuni komuniti dan memahami keperluan di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan belia dalam program seumpama itu bukan sahaja menyumbang kepada kebajikan masyarakat, malah membantu membentuk nilai tanggungjawab, disiplin serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan generasi muda.

Program yang berlangsung dari 3.00 petang hingga 5.00 petang itu menyaksikan para sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan awam, ruang kediaman serta persekitaran rumah kebajikan berkenaan.

Chaw menegaskan, program tersebut bukan inisiatif sekali sahaja, sebaliknya akan diteruskan sebagai sebahagian usaha berpanjangan Pusat Khidmat Parlimen Miri dalam menyantuni masyarakat, khususnya golongan rentan.

“Selagi wujud keperluan dalam komuniti, kami akan terus turun padang bersama pasukan dan sukarelawan belia bagi membawa perubahan positif kepada masyarakat,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan belia serta pihak rumah Kanak kanak tersebut atas kerjasama yang diberikan, sambil menyeru lebih ramai belia dan masyarakat umum agar tampil menyertai aktiviti kesukarelawanan demi membina komuniti Miri yang lebih prihatin dan bersatu.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Sukan satukan komuniti, bakat muda Lingga terus diperkasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.