Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program G.E.N16 bina jati diri pemimpin muda di Libiki Bamboo Resort
  • Selatan
  • WILAYAH

Program G.E.N16 bina jati diri pemimpin muda di Libiki Bamboo Resort

Utusan Sarawak 22 hours ago
AMANAT… Datuk Rubiah Wang ketika berucap pada penutupan Program NextGen Leaders di Libiki Bamboo Resort, Bau, hari ini.

BAU: Program NextGen Leaders G.E.N16 yang berlangsung selama dua hari di Libiki Bamboo Resort, Bau berjaya menghimpunkan ketua-ketua pemuda dari seluruh kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 bagi memperkukuh budaya kepemimpinan dan perpaduan generasi baharu.

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang selaku tetamu kehormat. Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa gembira dengan sambutan positif daripada para peserta yang hadir.

“Program ini sangat penting untuk membentuk budaya kepemimpinan dalam kalangan pelapis kerana mereka inilah yang akan memimpin pada masa hadapan,” katanya.

Rubiah turut menegaskan bahawa penganjuran seumpama ini bukan sahaja merapatkan hubungan silaturahim antara pemuda, malah memperkukuh kerjasama komuniti. 

SEKITAR suasana Program NextGen Leaders di Libiki Bamboo Resort, Bau, hari ini.

Beliau juga menggesa agar semua peserta memanfaatkan ilmu yang diperoleh bukan sahaja di peringkat kampung, tetapi juga untuk memberi sumbangan di peringkat negeri dan negara.

Ketua Pemuda G.E.N16, Mohamad Azri Johari berkata program tersebut memberi penekanan kepada pembentukan nilai jati diri dan semangat kepemimpinan.

KETUA Pemuda G.E.N16, Mohamad Azri Johari ketika berucap pada Program NextGen Leaders di Libiki Bamboo Resort, Bau, hari ini.

“Selain membentuk kepemimpinan, program ini juga menyuntik semangat perpaduan dalam kalangan pemuda,” ujarnya sambil menzahirkan penghargaan kepada para jurulatih yang berkongsi ilmu serta panduan membina kepimpinan.

Penyertaan kali ini melibatkan pemuda berbilang bangsa dan agama, sekali gus membuktikan bahawa perpaduan merentas perbezaan dapat dipupuk melalui platform inklusif.

Sepanjang program, para peserta mengikuti pelbagai slot pengisian termasuk bengkel kemahiran komunikasi, latihan berpasukan, sesi perkongsian pengalaman serta aktiviti luar yang menguji ketahanan fizikal dan mental.

Pendekatan interaktif daripada fasilitator berpengalaman menjadikan setiap sesi lebih ceria namun sarat dengan pengisian bermanfaat.

Program ini juga menjadi medan membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran membuat keputusan serta mewujudkan rangkaian persahabatan baharu yang berpotensi menjadi rakan kolaborasi pada masa hadapan.

Rubiah berharap kesinambungan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penyertaan lebih ramai pemimpin muda, sekali gus memperluas jaringan kerjasama demi manfaat komuniti.

Penganjuran G.E.N16 membuktikan komitmen kepimpinan setempat dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berdisiplin dan mempunyai visi jelas untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Dengan semangat yang ditunjukkan sepanjang dua hari tersebut, para peserta diyakini mampu menjadi ejen perubahan yang memperkukuh perpaduan serta mengangkat aspirasi masyarakat DUN N.16 ke tahap lebih tinggi.

Oleh Norman B.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 90 tangki air disalur ke rumah panjang Repok atasi masalah air
Next: APM Julau laksana Program Kampung Siaga 221 di Rumah Philip Janting

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.