Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program derma darah sempena Peringatan Hari Polis ke-219 dapat sambutan
  • Tengah
  • WILAYAH

Program derma darah sempena Peringatan Hari Polis ke-219 dapat sambutan

Utusan Sarawak 8 hours ago
BERSAMA SELMATKAN NYAWA… Yusuf (dua kiri), Chia (tiga kiri) merakam kenangan bersama pegawai dan anggota Batalion 10 PGA Sibu yang memderma darah.

SIBU: Program derma darah sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 anjuran Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu dengan kerjasama Persatuan Buddhist Lodge Sibu mendapat penyertaan memberangsangkan, hari ini.

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu Superintendan Yusuf Baki Khan, program tersebut merupakan salah satu inisiatif kebajikan dan tanggungjawab sosial yang bukan sahaja melibatkan warga pasukan keselamatan, malah mendapat kerjasama erat daripada masyarakat setempat.

Katanya, aktiviti derma darah merupakan usaha murni yang mampu menyelamatkan nyawa serta membantu pihak hospital dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

“Setiap titisan darah yang didermakan membawa harapan baharu kepada mereka yang memerlukan. Ia bukan sekadar satu sumbangan, tetapi satu bentuk pengorbanan yang sangat bernilai,” ujarnya ketika berucap pada program tersebut.

UNTUK KENANGAN… Chia (tujuh kiri) dan Yusuf (enam kanan) merakam kenangan pada kempen derma darah di bangunan Persatuan Buddhist Lodge Sibu.

Yusuf turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Buddhist Lodge Sibu atas kesudian bekerjasama dalam menjayakan program berkenaan.

“Semangat kerjasama seperti ini amat dihargai dan wajar diteruskan demi kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya,” jelasnya.

Katanya, orang ramai yang layak adalah digalakkan untuk tampil menyertai aktiviti derma darah sebagai usaha membantu golongan memerlukan.

Beliau turut menghargai kehadiran para pegawai, anggota, pegawai rendah polis serta penderma yang hadir, selain mengucapkan terima kasih kepada urus setia yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran program.

Katanya lagi, program seumpama itu diharap dapat diteruskan pada masa akan datang selaras dengan slogan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ serta menjadi contoh dalam memupuk nilai kemanusiaan dan semangat perpaduan.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Buddhist Lodge Sibu Chia Soon Cheong, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu DSP Steeve Langie dan Ajutan Batalion 10 PGA Sibu ASP Mohd Hafizhazman Hassan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemeliharaan Bahasa Melanau perlu diperkasa, libatkan generasi muda – Len Talif
Next: RM1.5 bilion pacu 473 projek BDDA, 130 siap tunjuk kemajuan pesat Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.