Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Derma Darah ‘Prihatin Komuniti 2026’ bantu tabung darah Hospital Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Program Derma Darah ‘Prihatin Komuniti 2026’ bantu tabung darah Hospital Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
JOM DERMA DARAH … Lee Jun Tak (duduk kiri) dan Andy Jong Wan Joon (duduk kanan) bersama ahli jawatankuasa program mengajak orang ramai hadir Program Derma Darah ‘Prihatin Komuniti 2026’ pada  8 Februari ini.

MIRI: Orang ramai di sini dijemput hadir serta menghulurkan sumbangan kemanusiaan dengan menyertai Program Derma Darah ‘Prihatin Komuniti 2026’ yang akan berlangsung  8 Februari ini.

Program itu bermula dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Aras 3, Dewan Pameran, Pasar Raya Boulevard Jalan Pujut di sini.

Program anjuran Persatuan Prihatin Masyarakat Miri (PPMM) bersama Ketua Pemuda Persatuan Miri Lee Clan itu bertujuan membantu menambah bekalan darah di Tabung Darah Hospital Miri, selain memperkukuh penglibatan komuniti dalam aktiviti kebajikan kesihatan.

Bagi memastikan penganjuran berjalan lancar, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan menampilkan Lee Jun Tak, Ketua Pemuda Persatuan Miri Lee Clan, dan Andy Jong Wan Joon, Timbalan Presiden PPMM, dilantik sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur.

Menurut Andy Jong, program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menderma darah, di samping menzahirkan semangat keprihatinan serta semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Miri, khususnya ketika Tabung Darah Hospital Miri kini berdepan kekurangan bekalan darah.

“Menghadapi musim perayaan yang bakal tiba seperti Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Aidilfitri, Tabung Darah Hospital Miri amat memerlukan bekalan darah yang mencukupi bagi menampung keperluan kes kecemasan serta rawatan pesakit sepanjang tempoh perayaan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai digesa agar tampil menyertai program ini kerana setiap beg darah yang didermakan berupaya menyelamatkan nyawa dan memberi manfaat besar kepada komuniti.

Bagi menggalakkan penyertaan, pihak penganjur akan memberi hadiah kepada 100 penderma terawal berupa beras wangi Butterfly (335 gram), roti, minyak masak Merris Lite Pure Vegetable Oil (500 ml) serta beg cenderahati, mengikut prinsip “siapa cepat, dia dapat”, selagi stok masih ada.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Miri dan Persatuan Bulan Sabit Merah Miri dan ditaja oleh beberapa syarikat swasta.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: ILKKM Sibu anjur ceramah antidadah lahir modal insan berjati diri
Next: Projek mitigasi banjir Sungai Lutong Zon B perlu dipercepatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.