Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Derma Darah PML dan PKMS dapat sambutan positif
  • Utara
  • WILAYAH

Program Derma Darah PML dan PKMS dapat sambutan positif

Utusan Sarawak 4 hours ago
SELAMATKAN NYAWA…penderma darah bersama pihak PML dan PKMS selaku pengelola.

LIMBANG: Persatuan Melayu Limbang (PML) dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) telah melaksanakan inisiatif murni bagi membantu menambah tabung darah Sarawak melalui Program Derma Darah semalam.

Pengerusi PML, Mohamad Abu Bakar berkata program tersebut bertujuan membantu menampung bekalan darah hospital yang kini berdepan kekurangan stok selain meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah.

Menurutnya, amalan menderma darah mampu membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.

HULUR SUMBANGAN…Mohamad menyampaikan sumbangan kepada penderma darah sambil disaksikan (paling kiri) Abang Sapali.

“Sambutan yang diterima amat positif dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang menyertai kempen bermakna ini serta rakan penganjur atas sokongan yang tidak ternilai.

“Melalui program ini, kita bukan sahaja memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan, malah turut membawa perubahan besar dalam usaha menyelamatkan nyawa.

“Kami berharap inisiatif penting seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya kepada media.

Turut hadir, Bendahari Kehormat PKMS, Abang Sapali Abang Sapawi.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Keletihan melampau, pendaki wanita hampir pengsan di Bukit Lambir
Next: Wanita PBB Bukit Sari perkukuh kesepakatan melalui aktiviti sukan dan sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.