Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Program CSI sedia 65 peluang pekerjaan kepada bekas banduan
  • SEMASA

Program CSI sedia 65 peluang pekerjaan kepada bekas banduan

Utusan Sarawak 4 months ago
TAKLIMAT…. Teyun (duduk, tengah), Mohd Rusli (duduk, dua kiri) pada Taklimat CSI bersama Majikan-majikan Bahagian Sibu di Galeri Kompleks Islam Sarawak, Sibu hari ini.

SIBU: Sebanyak sembilan majikan pelbagai sektor terlibat dalam program Corporate Smart Internship (CSI) di Sarawak yang menyediakan 65 peluang pekerjaan.

Pengarah Penjara Sarawak Teyun Thian Eim berkata, program tersebut bertujuan memberi latihan dan kemahiran kepada Orang Bebas Berlesen (OBB) dalam sektor pekerjaan yang diceburi.

“Usaha ini sebagai langkah untuk memberi kesedaran masyarakat agar turut sama membantu pemulihan kepada prospek (banduan).

“Selain dapat mengurangkan kos kerajaan serta menurunkan lebihan kapasiti banduan di penjara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Taklimat CSI bersama Majikan-majikan Bahagian Sibu di Galeri Kompleks Islam Sarawak di sini, hari ini.

Teyun memberitahu, prospek yang terpilih menjalani program diberi pendedahan pekerjaan sekali gus membantu mengubah hidup mereka.

“Mereka yang dipilih dalam kalangan yang terlibat dengan jenayah ringan di bawah pengawasan dan seliaan untuk mengikuti program berkenaan.

“Mereka yang bekerja di syarikat turut menikmati kemudahan seperti asrama dan gaji minimum selaras ketetapan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, usaha penting bagi membantu bekas banduan meneruskan hidup mereka sebaik saja dibebaskan agar mampu berubah ke arah lebih baik.

“Jalinan antara pihak penjara dengan syarikat adalah sangat penting bagi memastikan program pembangunan insan sebegini dapat diteruskan dalam usaha membantu memberi sinar baharu kepada bekas banduan.

“Kerjasama strategik sebegini juga membantu pihak penjara mengurangkan kesesakan dalam penjara sekali gus memberi sinar baharu kepada bekas banduan,” kata beliau.

Taklimat tersebut dianjurkan oleh Penjara Pusat Sibu dengan kerjasama Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PERKESO Cawangan Sibu dan Jabatan Tenaga Kerja Sibu.

Turut hadir, Pengarah Penjara Pusat Sibu Mohd Rusli Abd Rahman.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Persiapan Perhimpunan Agung PBB berjalan lancar
Next: Perhimpunan Agung PBB platform perkukuh hak Sarawak – Awang Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.